Sakit Telinga

Hari ini kira-kira jam 11.00 pagi anak saya Fikrie telefon dari sekolah, dia menyatakan sakit telinga kiri dan meminta saya menjemputnya di sekolah. Saya minta isteri saya menjemputnya sekali dengan anak ke lima saya yang bersekolah di kelas pra sekolah. Selepas berehat seketika saya menghantar Fikrie ke Poliklinik Kominiti Bandar Maharani untuk pemeriksaan doktor.

Saya sampai ke Poliklinik jam 12.54 tengahari dan mendapat nombor giliran 1231. Pemeriksaan sedang dijalankan untuk nombor 1205, ini bermakna kena menunggu seramai 26 orang lagi. Nombor 1231 dipanggil pada jam 2.55 petang setelah dua jam satu minit menunggu.

Satu perkara yang tidak menyeronokkan bila ada orang yang baru datang terus dapat masuk ke bilik pemeriksaan kerana ada saudara atau kawan yang bertugas di Poliklinik. Malahan pekerja bahagian pencuci pun boleh bawa rakan mereka terus masuk ke bilik pemeriksaan tanpa mengindahkan orang ramai yang telah menunggu sekian lama. Inilah budaya yang selalu diamalkan di mana-mana jabatan Kerajaan.

Setelah pemeriksaan doktor di bilik nombor 2, anak saya diarahkan untuk mencuci telinga di bilik nombor 8, setelah itu masuk semula ke bilik nombor 2 untuk pemeriksaan semula. Doktor mengarahkan untuk mengambil ubat dan membuat temujanji di kaunter 14 Unit ENT di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Setelah mengambil ubat kami terus ke kaunter 14 Unit ENT di Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk membuat temujanji. Tarikh 6hb May 2008 jam 3.15 petang diaturkan sebagai tarikh temujanji.

Rasa Tak Sihat

Dari petang semalam lagi, saya dah rasa badan sejuk semacam. Dah pakai stokin dan jaket pun rasa sejuk menusuk-nusuk terutamanya di tangan dan kaki. Pagi tadi saya menghubungi pejabat, memaklumkan saya tidak dapat datang bekerja hari ini. Seawal jam 7.30 pagi saya menunggang motosikal menuju ke klinik Komuniti Bandar Maharani untuk mendapatkan rawatan.

Dapat nombor 1020, jenuh jugak menunggu. Jam 9.15 pagi barulah siap pemeriksaan dan ambil ubat. Kepala rasa berat…. mata berpinar…. Dalam kepayahan, Alhamdulillah sampai juga di rumah. Sampai saja di rumah terus berselubung.

Isteri saya masakkan sayur kailan dan telur dadar dan meminta saya menjamah makanan sebab dari pagi lagi lagi saya belum bersarapan. Lepas makan, baring-baring lagi. Jam 3.15 ptg saya kejutkan anak ke 3 saya untuk ke sekolah agama, tetapi anak ke 3 saya juga tak dapat bangun. Badannya dah mula panas. Jam 3.40 ptg saya keluar untuk menjemput anak ke 4 di sekolah agama. Isteri saya pulak berselubung. Demam juga dia.

Begitulah kehidupan, ada kalanya kita gembira, ada kalanya kita dirundung musibah. namun saya percaya ada hikmah disebalik setiap kejadian.....

Our Photo's


Semasa di hentian Geliga, Kemaman
Foto Ardzam semasa berada di hadapan hentian Geliga, Kemaman, Terengganu.
Isteri dan anak-anak
Isteri dan 3 orang puteri
Ardzam & Gee
Ardzham & Gee

Rakan GWM
Gambar kenangan bersama rakan GWM

Bergambar bersama Sabrie sewaktu berkunjung ke kediaman beliau di Kemaman, Terengganu.

Contact Us

Sila isikan borang dibawah jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, cadangan
dan sebagainya. Harap menyatakan email yang aktif agar dapat saya
menghubungi anda jika perlu.




About Us



Nama sebenar saya Noor Azam, Seorang bapa kepada 2 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan, Berasal dari Rengit, Batu Pahat dan sekarang menetap di Bandar Maharani. Bekerja sebagai Production Supervisor.

Bersekolah Rendah di Sekolah Kebangsaan Seri Merlong, Rengit, Batu Pahat dari darjah 1 hingga 6 (Tahun1971-1977)
Bersekolah Menengah di Sekolah Menengah Parit Betak, Benut dari tingkatan 1 hingga 3 (Tahun 1978-1980).

Pernah mengikuti kursus di Kem Latihan Kemahiran KOBENA pengambilan ke 6 selama 6 bulan pada tahun 1984. Kepada sesiapa yang pernah mengenali saya dan ingin menjalin semula silaturrahim sila sms ke 012 268 7243 atau 019 657 9458


Isteri saya Gee, bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tebrau, Bakar Batu, Johor Bahru (Tahun 1980-1983) kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Tengah, Muar, Johor (Tahun 1984-1985), dan melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar (Tahun 1986-1988).

Maklumat penuh sila rujuk ke http://www.familiazam.com/salam_ingatan.htm

Gambar anak-anak kami:


Anak sulung kami Dauz & si bungsu Neesa


Anak ke 5 Effa & ke 4 Neeza


Anak ke 2 kami, Fikrie


Anak ke 3 kami, Neena


Archives

Mac 2009 (2)
Hadiah Pelengkap
Bukan rezeki kot, tapi...

Febuari 2009 (5)
Mencuba Dan Berjaya
PC Meragam Lagi
Solat Hajat & Tahlil
Tak Ada Kerja, Tak Ada Gaji
Kolam Air Panas

Januari 2009 (11)
Monitor Bersemut
Perjumpaan Keluarga
Balik Kampung
Aku Janji
Neesa Masuk Wad 15
Update Laman SKBM
Tanam Pisang
Daun Pisang
Ulang tahun kelahiran ke 7
Kembali Ke Sekolah
Ke HPSF Muar

Disember 2008 (6)
Jemputan Perkahwinan
SMS Lagi
Hamid Tukang Kayu

Azul Bertunang
Harijadi Neesa
Masalah PC

Oktober 2008 (1)
Tahniah Untuk Musinah

September 2008 (9)
Selesai Sudah
Bandwidth familiazam.com
CopyScape.com
Re: Bahan Copy/Paste
Bahan Copy/Paste
Berbuka Puasa Bersama Keluarga
Neesa Ceria
SMS Ramadhan
Tiga Hari

Ogos 2008 (11)
Kerja Part Time

Baiki Motorsikal
Malang Tak Berbau

Terima Bungkusan
19 Ogos Datang Lagi
Buat Sample
Bulan Kemerdekaan
Cuti Kosong
Bertukar Hosting
Account Suspended
Dua Minggu Sepi

July 2008 (9)
Rezeki Pemberian Ilahi
Hujan Lebat Diawal Pagi
Update Laman SKBM
Beli Durian
Cuci Motor dan Mesyuarat

Jumpa Rakan Cyber

Sony Ericsson K310i

Ke PC World

Kaspersky, Anvira, AVG & Avast

June 2008 (13)
Cuti Setengah Hari

Cuci Kereta

Tukar Theme Laman FADC

Ke Poliklinik Komuniti

Mesyuarat PIBG

Kurang Online

Pentium 3 - 868MHz

Pulang Ke Muar

Balik Kampung

Majlis Tahlil & Doa Selamat

Vortex Window Vista

PC Meragam Lagi

Kemaskini Laman RAZC


May 2008 (21)

Majlis Yassin & Tahlil

Surat Ugutan

Pasang Buaian

Tak Keluar Rumah

Pengantin Baru

Petola Masak Tumis

PC Meragam

Skin Blog

Gotong Royong

Mula Bekerja

Mutiara Kata

Cuci Baju

Keletah Neesa

Sakit Kepala

Tayar Bocor

Hikmah Ayat Al-Kursi

Beras Oh Beras

Dua Pesanan Ringkas

Hikmah Diam

Muarmaya Hosting

Bersama Keluarga

April 2008 (2)
Sakit Telinga
Rasa Tak Sihat