Cuti Setengah Hari

Hari ini saya minta cuti setengah hari dari Boss, ada beberapa hal yang perlu saya selesaikan. Mula-mula saya berurusan di Bank Rakyat, kemudian saya ke pejabat KWSP untuk menyemak penyata, kemudian saya ke Maybank untuk menyemak baki pinjaman perumahan saya sebab tak mendapat penyata.


Saya diberitahu oleh pegawai bank, ramai pelanggan tidak mendapat penyata pada tahun ini. Entah apa sebabnya saya tak bertanya pula. Baki pinjaman saya ada sekitar RM18 ribu dan saya telah terlebih bayar selama 48 bulan sebab tahun lepas saya telah mengeluarkan wang dari KWSP untuk membayar pinjaman perumahan. Interest sebulan sekitar RM130.00

Selepas saya ke MayBank saya ke pejabat peguam pula atas urusan berkaitan rumah juga. Pihak peguam berjanji akan hubungi saya bila tiba masanya nanti. Selepas itu saya ke kedai motor untuk membeli minyak 2T yang dah rizab sejak dua hari lepas kemudian saya pulang dan menghantar anak saya Neena ke sekolah agama serta menjemput Neeza dari sekolah yang sama.

0 komen: