Jemputan Perkahwinan

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430
"Allah menukar ganti malam dan siang, sesungguhnya pada yang demikian itu satu iktibar yang besar bagi mereka yang mempunyai pengelihatan mata hati." (Surah An-Nur Ayat 44)


Selamat pengantin baru buat Saufi dan pasangannya.

Hari ini saya menghadiri majlis perkahwinan di rumah Ustaz Hamzah di Parit Amal Laut. Anak lelaki Ustaz Hamzah yang bernama Saufi yang melangsungkan perkahwinan. Selepas itu saya juga menghadiri majlis yang sama di Parit Amat di rumah Muhammad Shah.

Selepas itu saya ke Parit Unas membeli pisang kapas untuk dibuat lepat. Dah beli pisang kenalah pula mencari daun pisang. Kalau tak, lepat tu nak dibungkus dengan apa… Maka saya pun ke kebun atuk saya di Parit Amal Laut untuk tujuan tersebut.

Selain untuk lepat pisang, daun pisang juga diperlukan untuk membungkus pulut panggang dan kuih koci. Nak tambah pendapatan kenalah kerja lebih. Buat kuih dan letak kat warung. Selain dari lepat pisang, pulut panggang dan kuih koci isteri saya juga membuat karipap kentang, kuih lompang.

SMS Lagi


Hari ini aku terima satu sms yang agak panjang dari seorang teman, dah hari ini aku nak kongsikan sms tersebut:-


Klu kmu s"org Muslim,
jgn kata "mosque" tp Masjid
krn organisasi Islam menemukn bhw
"mosque"= nyamuk!

Jgn tulis "mecca tp Mekah
krn mecca = rumah anggur/bir.

Jgn dtulis "mohd" tp tulislh dgn lengkap Muhammad
krn "mohd"= anjing brmulut besar!

Jgn tulis "4JJI" tp tulislah ALLAH SWT
krn "4JJI"= For Judas Jesus Isa Al-masih.

Jgn tulis Askum/Akum tp tulislh lengkap Assallamualaikum @ Salam
krn Akum = celakalah kamu

Tlg sebarkan pd Muslim lain semampu anda.

Hamid Tukang Kayu

Semalam saya scan gambar-gambar lama termasuklah gambar sewaktu saya belajar di Perusahaan Hamid Tukang Kayu pada tahun 1981 hingga 1983 dan saya googlekan Hamid Tukang Kayu. Hasilnya aku menemui laman web Hamid Tukang Kayu. Wah dah benar-benar mengikuti peredaran zaman. Dah ada laman web. Saya lebih seronok bila ada link ke Perabut Suzi sebab laman Perabut Suzi & Razaleigh itu saya yang membinanya.


Sedang membuat Set Ruang tamu semasa di Perusahaan Hamid Tukang Kayu

Projek kedua saya membina laman web perniagaan. Saya bina laman Perabut Suzi & Razaleigh tu kira-kira enam tahun dulu dan tiada kemaskini sehingga hari ini kerana saya hanya mengambil upah membinanya sahaja. Urusan lain bergantung kepada Raza Computer.


Bersama Khalid di atas jambatan di hadapan rumah yang disediakan untuk pekerja dan pelatih.

Dari tahun 1981 hingga kini 2008 maknanya kenangan itu dah pun 22 tahun berlalu. Teringat teman-teman yang sama-sama belajar dan bekerja di Perusahaan Hamid Tukang Kayu. Entah dimana mereka sekarang, saya pun dah tak tahu.

Ingat pada Mazlan, Rahman Omar, Hairan Sanip, Wak Malek, Abang Hasssan, Abang Ismail, Abang Ibrahim, Yan, Mahamood, Jaafar, Khalid dan yang lain-lain. Saya pun dah tak ingat nama-nama mereka. Ingat kepada anak-anak Tuan Haji Abd. Hamid iaitu Abang Rahman, Abang Aziz, Rashid Kak Zaleha dan Adik. Saya rasa dah lebih sepuluh tahun saya tak berkunjung ke sana. Entah mereka ingat lagi pada saya entah tidak.


Sedang menyiapkan kepala katil berukir.

Di Perusahaan Hamid Tukang Kayu adalah tempat mula-mula saya mengenal hidup berdikari. Waktu itu saya masih belasan tahun. Berjauhan dari keluarga. Waktu itu hanya elaun RM3.00 sehari yang saya terima. Tempat tinggal disediakan. Masak nasi dan bancuh air di buat secara bergilir-gilir. Lauk pauk dimasak oleh Hajjah Zabedah atau pun Kak Zaleha dan Adik iaitu anak Tuan Haji Abd. Hamid.

Azul bertunang

Hari ini agak kelam kabut di tempat kerja kerana ada barang dan sample serta mould baru perlu disiapkan segera. Dalam keletihan saya pulang dari kerja, saya dapati isteri saya serta anak-anak perempuan belum pulang lagi dari menghantar rombongan pertunangan sepupu isteri saya yang bernama Azul.

Selepas maghrib Isteri saya dah terbaring kepenatan, saya dan Dauz ke Exonsave untuk membeli barang seperti ikan dan sayuran serta beberapa keperluan lain. Pulang dari Exonsave saya terus menyiang ikan dan menggorengnya untuk lauk makan malam bersama dengan taugey masak kuah. Selesai memasak kami sekeluarga makan bersama

Hari ini 13 hb Disember adalah:-
- Hari ulang tahun kelahiran bapa saudara saya, Cik Salleh.
- Hari ulang tahun mak saudara saya, Cik Jam melahirkan anak pertama.
- Hari ini sepupu saya, Azul bertunang.
- Hari ini juga jiran saya, Hairi bertunang.
- Jiran saya, MBJ melangsungkan perkahwinan.

Hari Ulangtahun Neesa

Setahun sudah usia anak bungsu saya Neesa. Hari ini adalah haru ulang tahun kelahirannya. Kami buat majlis kecil-kecilan. Hanya menjemput ibu mentua dan adik beradik sahaja. Walaupun Neesa yang menyambut hari ulangtahun, namun saya sediakan juga hadiah untuk semua anak-anak saya serta dua orang anak saudara saya. Saja buat mereka gembira.

Kek ditaja oleh adik ipar saya, bukan beli tapi buat sendiri. Ibu mentua datang dengan satu beg keropok ikan yang siap digoreng siap dengan sos sekali. Kami sediakan tomyam ayam dan nasi putih berlauk kangkong goreng dan telur dadar bersama minuman air anggur ais. Ada juga kopi O panas.


Tomyam ayam, telur dadar, kangkung goreng ikan masin dan nasi putih.


Kek sponsor buatan adik ipar.


Upacara memotong kek.


Bungkusan hadiah dan hidangan.


Abang ipar bersama isteri dan anak (Hanif).


Buka hadiah….


Gembiranya Fikrie dapat hadiah alat tulis.


Ojan menghulur tukul pet pet untuk Hanif.

Masalah PC

Dah lebih sebulan tak kemaskini blog, banyak sebab sebenarnya. Tapi sebab utamanya adalah kerana PC meragam lagi. Hard Disk Hitachi yang saya beli belum sampai setahun dah rosak. Nak tunggu ganti memakan masa juga. Nak beli baru sayang pulak sebab masih dalam waranti.

Hari ini Tok Long, datuk saudara isteri saya meninggal dunia kerana sakit tua. Isteri saya menghubungi saya kira-kira jam 8.45 pagi ketika saya sedang berkerja. Saya memohon cuti dan pulang pada jam 9.00 pagi. Kami sekeluarga pergi melawat kerumah Tok Long di Parit Amal. Tok Long dikebumikan selepas solat zohor.

Al-Fatihah, Semoga dicucuri rahmat keatas rohnya