Cuti Setengah Hari

Hari ini saya minta cuti setengah hari dari Boss, ada beberapa hal yang perlu saya selesaikan. Mula-mula saya berurusan di Bank Rakyat, kemudian saya ke pejabat KWSP untuk menyemak penyata, kemudian saya ke Maybank untuk menyemak baki pinjaman perumahan saya sebab tak mendapat penyata.


Saya diberitahu oleh pegawai bank, ramai pelanggan tidak mendapat penyata pada tahun ini. Entah apa sebabnya saya tak bertanya pula. Baki pinjaman saya ada sekitar RM18 ribu dan saya telah terlebih bayar selama 48 bulan sebab tahun lepas saya telah mengeluarkan wang dari KWSP untuk membayar pinjaman perumahan. Interest sebulan sekitar RM130.00

Selepas saya ke MayBank saya ke pejabat peguam pula atas urusan berkaitan rumah juga. Pihak peguam berjanji akan hubungi saya bila tiba masanya nanti. Selepas itu saya ke kedai motor untuk membeli minyak 2T yang dah rizab sejak dua hari lepas kemudian saya pulang dan menghantar anak saya Neena ke sekolah agama serta menjemput Neeza dari sekolah yang sama.

Cuci Kereta


Pagi ni saya cuci kereta, dua orang anak perempuan saya Neena dan Neeza turut menyibuk. Suka sangat mandi air pancut. Dah lama benar rasanya tak cuci, lepas cuci dan lap saya polish sekali. Barulah nampak berkilat sikit kereta tu, kalau tak dah macam barang antik.

Lepas cuci kereta saya bantu isteri di dapur. Siang ikan bawal cermin, kopek dan potong bawang dan nenas, potong lada. Hari ini isteri saya masak paceri nenas bersama ikan bawal cermin goreng.

Kemudian kopek dan potong keladi buat pengat. sementara menunggu semuanya siap, saya baring-baring redakan kepenatan. Bila dah siap kami sekeluarga makan tengahari bersama. Petangnya kami ke rumah mak, saja nak berkunjung dan nak ambil kelapa parut untuk dibuat serunding.

Tukar Theme Laman FADC


Semalaman saya on PC untuk download ubuntu selepas install Wubi. Lebih kurang dari jam 11.00 malam hingga ham 8.45 pagi tapi tak siap-siap. Kemudian saya cancel apabila menemui satu artikel dalam MelayuBuntu rasa tak seronok pulak nak teruskan. Susah jugak nak memandai-mandai sendiri tanpa tunjuk ajar dari sesaorang yang lebih berpengetahuan. Tapi dalam hati masih berminat juga dengan Linux.

Pagi ini setelah menghantar anak ke sekolah dan bersarapan, saya bersama isteri dan anak bungsu saya ke Poliklinik Komuniti Bandar Maharani untuk mendapatkan rawatan anak bungsu saya kerana demam. Penuh sesak di kaunter pendaftaran masa tu kerana ramai pelajar nak buat medical checkup untuk memohon ke IPT.

Oleh kerana saya mendapatkan rawatan untuk anak saya maka saya hanya ke klinik ibu dan anak, maka dapatlah rawatan lebih cepat. Hari ini saya sambung cuti lagi kerana badan belum sihat betul. Masih demam, selsema dan batuk.

Hari ini juga saya upload Laman Famili Azam Dot Com dengan theme yang baru. Sekitar jam 4.30 petang siap semuanya, tapi bila saya periksa semula ada beberapa pengubahsuaian yang perlu saya lakukan. Nantilah senang-senang saya akan ubah semula.

Ke Poliklinik Komuniti

Sejak dari semalam, terasa kurang sihat. Pagi ni hujan turun dengan lebatnya. Selepas menghantar anak ke sekolah saya bersaparan dan terus ke Poliklinik Komuniti Bandar Maharani untuk mendapatkan rawatan. Saya sampai kira-kira jam 7.45 pagi, mendapat nombor giliran 1024.

Semasa menunggu rawatan saya berjumpa dengan Cikgu Fadzli yang mengajar anak saya di sekolah menengah, Beliau pun tak sihat dan ingin mendapatkan rawatan juga. Jumpa juga Fazlinda, Personal di CS Elegance bersama suaminya.

Malam ini saya download Wubi dan install untuk mencuba ubuntu, saya dapatkan panduan dari Cekap Komputer tetapi internet terlalu lembab malam ini. Nak add entry ni pun terpaksa tunggu berlama-lama. Bosan betul.....

Mesyuarat PIBG

Malam ini jam 8.00 malam saya menghadiri mesyuarat tahunan PIBG di sekolah anak saya belajar. Anak kedua saya ikut serta kerana dijemput oleh pihak sekolah untuk penyampaian hadiah kecemerlangan UPSR 2007.

Saya terpilih menjadi pemeriksa kira-kira. Sebenarnya saya tidak suka memegang sebarang jawatan, tapi itulah padahnya jika banyak bercakap dalam mesyuarat, mesti kena lantik punya, walhal ramai lagi ibubapa yang hadir.

Syukur Alhamdulillah saya menerima hamper cabutan bertuah atas tiket bernombor 170. Sampai saja di rumah anak-anak saya terus buka hamper tu, tak sempat nak tayang-tayang. Di dalamnya ada sebotol F&N oren, biskut cream creackers, biskut golden dew beranika, 2 kotak kismis minda, sebungkus cheezel, sebungkus rinda sumi jelly dan sebungkus twisties.

Kurang Online


Dalam beberapa hari ini saya kurang online, banyak buat kerja offline saja untuk update laman Famili Azam Dot Com, Saya ubah keseluruhan theme. Kalau laman interaktif seperti php senang sangat nak ubah theme, tapi laman saya laman statik maka banyak kerja perlu dilakukan untuk ubah theme apatah lagi laman Famili Azam Dot Com mengandungi sekitar 236 halaman.

Tunggulah nanti bila dah siap semuanya akan saya upload dan buat pengumuman mengenainya. Untuk masa ini lihat dulu theme yang lama. Internet pun lembab sejak beberapa ketika. Nak restart router, tak boleh pulak sebab router ada kat rumah jiran sebelah. inilah nasib bila berkongsi streamyx.

Pentium 3 - 868MHz

Dah tiga hari saya tak menulis dalam blog ni, entah kenapa PC asyik meragam. Mungkin sebab usia PC saya dah 7 tahun. Walau pun dah 7 tahun, tapi hakikatnya hanya Floppy A dan Prosessor Pentium 3 - 868MHz sahaja yang berusia 7 tahun. Lain-lain tu dah ditukar. Main board dah tukar 3 kali. Petang tadi saya ke kedai komputer untuk membeli SD RAM, Tiga kedai saya pergi tapi tak ada stok.

Semalam saya format lagi dan install window XP service pack 2 dan install programme yang biasa saya gunakan iaitu:-
1- Mozila Firefox 2.14
2- Macromedia Firework 4.02
3- Win Rar
4- WS Ftp-LE
5- Your Uninstaller 2008
6- Internet Download Manager
7- Microsoft Office Professional 2003
8- Microsoft FrontPages Professional 2003
9- Norton Save & Restore 11
10 -Microsoft Frame Work 1.1
11- TuneUp Utilities 2008
12- CfosSpeed
13- Full Speed v2.7 Patch
14- Kaspersky 7.0
15- Launchy
16- Yahoo Messenger
Siap semuanya saya update Kaspersky 7.0 dan buat backup dengan Norton Save & Restore 11
Hari ini saya tambah lagi dengan:-
1- Quran CD 2000
2- Fardhu Ain
3- E-kamus 5.1
4- Nero 8 Micro
5- BenQ Scanner & Abby FineReader
6- Power ISO 3.9
7- Vista Drive Icon
8- Xara Webstyle 2.0
9- K-Light Codec 345
10- Foxit Reader
Buat backup lagi untuk Drive C. Apa lagi belum install eek?...

Pulang Ke Muar

Pagi ini selepas sarapan dengan bihun goreng dan kopi O, saya kerumah sepupu saya untuk meminjam tukul besi dan meminta beberapa batang paku. Pintu bilik air di kampung tertanggal pulak, sebab tu saya dapatkan paku dan tukul besi untuk membaikinya.

Jam 11.00 pagi saya sambung tidur sehingga jam 12.30 tengahari. Letih rasa badan kerana semalam tidur lewat. Selepas zuhur saya bertolak balik ke Muar. Sebelum sampai ke rumah, saya singgah di rumah Abu Hassan untuk menghantar CPU, install driver printer danberi sedikit penerangan tentang penjagaan PC.

Saya sampai di rumah kira-kira jam 5.00 petang. Rehat sambil baring-baring dan terus terlelap... Lepas maghrib, saya buka PC dan install Microsoft Office 2003, Macromedia Firework 4 dan Deep Freeze yang saya minta dari adik saya semalam. Entah kenapa scanner dan webcam saya tak detect. Malas saya nak fikir, biarkan jelah....

Balik Kampung


Balik dari kerja, saya bersiap untuk pulang ke kampung. Isteri saya tidak ikut sekali kerana masih kepenatan akibat majlis semalam dan mengemas rumah mak hari ini. Dua orang anak perempuan saja yang ikut balik.

Saya bawa sekali CPU Abu Hassan untuk diformat dan install programme, dah lebih setahun PC dia tak format. Katanya lembab dan selalu hang. Kerja memformat saya serahkan kepada adik saya yang bekerja di Raza Computer. Dari rumah saya terus ke Raza Computer kemudian barulah saya pulang ke kampung.

Adik saya Nannie telah ada di kampung sejak hari rabu. Abang Long saya pun balik kampung malam ini tetapi tidak bermalam di kampung. Setelah Abang Long pulang, saya ke Raza Computer semula dan pulang jam 2.45 pagi bersama CPU yang siap diformat.

Majlis Tahlil & Doa Selamat


Malam ini akan diadakan majlis Majlis Tahlil & Doa Selamat di rumah mak mentua saya, Anak-anak dan isteri saya telah berada di rumah mak dari pagi lagi. Saya bekerja hari ini dan tidak mengambil cuti.

Pulang dari kerja, saya berehat di rumah sendirian. Selepas maghrib barulah saya ke rumah mak. Majlis diadakan selepas solat isyak. Selepas tahlil ada majlis berzanzi dan "potong jambul" untuk anak saya Neesa, anak abang ipar saya Hanif dan anak kepada bapa saudara saya Anis Suraya.

Untuk melihat gambar-gambar semasa majlis tersebut sila ke Famili Azam Fotopages

Vortex Window Vista


Why Vortex Windows Vista ?
-Vortex Vista Second Generation is a Microsoft Windows XP Services Pack 2 with the latest official updtes from Microsoft until February 2008
-The new version has proved its strength and stability After many tests on disparate PCs and Laptops

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini pulang dari kerja, selepas mandi, solat dan makan saya ke bandar membeli petrol. Esok dah naik harga RM2.70 seliter. Pulang dari bandar saya buka hard disk saya dan pasang pada CPU seorang kawan sebagai Slave. Tujuannya nak selamatkan file saya dalam Drive C. Alhamdulillah berjaya juga saya selamatkan fail-fail penting saya tu dan copy ke Drive E.

Selepas itu saya format PC saya. Siap Install Vortex Window Vista, Online sekejab. Program lain tak install lagi, cuma sempat install Kaspersky 7.0 sahaja. Isteri dan anak-anak saya kerumah mak sejak sebelum maghrib tadi. Aman sikit buat kerja seorang di rumah. Kalau anak-anak ada, macam-macam gangguan mendatang.

PC Meragam Lagi

Pulang dari kerja saya on PC tapi window corroupt pulak, ada komponen dalam sistem32 terdelete, entah siapa punya kerja ni, sorang anak pun tak mengaku. Dah try repair window tapi tak boleh. Nak format sayang pulak hasil kerja selama seminggu masih ada dalam drive C.

Pergi kejab kat Cyber Cafe hantar dua orang anak lelaki saya yang sibuk nak main Gunz Online Games. Ambil sedikit masa untuk add entry. Lepas ni saya balik dan tinggalkan mereka di sini barang 2 jam....

Kemaskini Laman RAZC


Pagi ini dari jam 8.00 pagi sehingga kira-kira jam 12.30 tengahari saya menyiapkan laman web Raza Computer. Dah lama laman ni tak dikemaskini. Saya bina laman ini tanpa sebarang bayaran, hanya sebagai tanda terima kasih kerana Raza Computer telah menaja hosting laman keluarga saya iaitu laman Famili Azam Dot Com. Setelah siap saya hantar laman ini menggunakan email kepada Boss RAZC, biarlah beliau sendiri memuatnaik laman ini kerana saya tidak mempunyai katalaluan untuk ftp.razc.org

Malam selepas maghrib, saya bersama isteri dan empat orang puteri serta mak ke rumah bapa saudara saya Cik Adul dan Cik Zaini di Parit Pecah untuk menjemput mereka sekaluarga ke majlis Tahlil dan Doa Selamat yang akan diadakan dirumah mak pada hari khamis nanti. Selepas itu ke Sungai Abong pula kerumah Cik Zahar dan kerumah Cik Salleh di Parit Amal untuk tujuan yang sama.

Selepas menghantar mak, saya sekeluarga pulang kerumah, sampai di rumah pada jam 11.20 malam. Selepas solat isyak saya on PC dan kemaskini blog ini.