Mencuba dan berjaya

Malam semalam sedang online, dua kali blackout walau pun sekadar seminit dua, tapi cemas juga. Mana tau kena blackout berjam-jam. Stok lilin pun dah tak ada lagi. Tapi syukur blackout cuma seketika.

Saya buka PC Pentium 4 yang bermasalah. Bersihkan heat sink dan cpu fan. Cabut sebatang RAM 256MB dan tinggalkan sebatang jer yang baru 1GB. Mana tau RAM yang bermasalah. Kemudian saya pasang dan hidupkan.

Saya Uninstall Deep Freeze, Lime Wire dan remove user password. Buat sajalah apa yang terfikir menjadi penyebab masalah. Kemudian Install dan run Personal Window Care 3.2. Saya on beberapa jam, nampaknya elok saja tak hang lagi. Syukurlah bukan mainboard yang bermasalah.

PC meragam lagi

Sejak beberapa ketika ini, PC saya meragam lagi. Bertanya pada rakan rakan, namun masih belum ada penyelesaiannya. Penunjuk mouse tiba-tiba terhenti dan PC menjadi hang. Bila tekan butang reset, monitor menjadi gelap.

Semalam scroll pada mouse tak berfungsi dan menjadi keras seperti ball bearing pecah. Tapi, benarkah begitu. Tak pernah pula saya buka mouse untuk melihat isi di dalamnya. Saya syak mouse yang rosak. Kemudian saya beli satu mouse jenama LG dengan harga RM18 di PC World.


Inilah mouse jenama LG yang baru saya beli


Selamat tinggal buat mouse EG, cuma sempat berkhidmat selama 4 bulan saja.

Ingatkan dah tukar mouse masalah selesai. Rupa-rupanya semakin teruk. Baru on PC tak sampai 5 minit dia hang. Baru loading window pun dia hang. Aku syak mother board bermasalah. Baru 2 bulan lepas abang bidan tukarkan motherboard second hand. Kena beli baru kot. Hari ini pentium 3 933 mhZ saya terpaksa berkhidmat semula. Nasib baik belum terjual. Kalau dah terjual, aduhai tak dapat nak mentenetlah jawabnya.

Solat hajat & tahlil

Hari ini diberi cuti kosong lagi. Kalau begini keadaannya bakal terjejas ekonomi keluarga bulan depan. Sehingga hari ini, gaji bulan lepas pun tak keluar lagi. Nasib baik ada pendapatan sampingan. Kalau tidak sukar juga nak meneruskan kehidupan.

Pagi ini saya bersama isteri ke pasar Besar Exon Save untuk berbelanja barang-barang keperluan harian terutamanya barang-barang dapur seperti ikan, sayuran, gula, teh dan sebagainya. Kenalah berjimat sikit, beli hanya yang benar-benar perlu sahaja.

Malamnya pula jam 7.00 saya bersama anak saya Fikrie dan Neena ke surau Hj. Mahadi untuk majlis solat hajat untuk memohon kepada Allah agar anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan september nanti beroleh kecemerlangan. Anak saya Neena adalah salah seorang calun yang akan menduduki peperiksaan UPSR.



Acara bermula dengan solat maghrib, diikuti dengan solat hajat kemudian bacaan Yassin dan tahlil, solat isyak kemudian ucapan penutup oleh Tuan Haji Hamin Bin Lahuri selaku Guru Besar Sekolah dimana anak saya belajar. Majlis seperti ini memang dijalankan setiap tahun dan mendapat kerjasama penuh dari AJK dan kariah surau Hj. Mahadi.

Tak ada kerja, tak ada gaji

Semalam pagi seperti hari-hari biasa yang saya lalui, selepas menghantar anak-anak ke sekolah, saya bersarapan kemudian berangkat ke tempat kerja. Sampai di tempat kerja saya tengok lapang selapangnya. Pembantu boss beritahu hari ini tak payah kerja sebab tak ada barang. Cuma 6 orang saja dipanggil bekerja. Itu pun warga asing. Maka baliklah saya ke rumah…

Kebetulan semalam cuti thaipusam, anak-anak tak sekolah jadi saya bawa anak-anak jalan-jalan kat Tanjung Emas. Tengok kera-kera, main buai, main jongkang jongket, main gelungsur dan akhirnya makan keropok likur dan minum air jagung. Dah siap makan maka baliklah….

Hari ini pagi-pagi lagi saya telefon pembantu boss. Tak sempat cakap apa pun dia dah kata “tak ada, tak ada”. Cuti lagi gamaknya. Esok, entahlah apa nasib…

Kolam air panas


Neesa terpaku melihat aksi pengunjung


Merendam kaki melancarkan peredaran darah


Ramai pengunjung kolam air panas Sungai Gersik


Neesa & Neeza Seronok bermandi-manda

Pagi ini kami sekeluarga ke kolam air panas sungai gersik untuk berkelah kononnya. Ramai juga pengunjung di sana. Maklumlah hari minggu dan dalam cuti tahun baru cina. Keadaan bertambah baik berbanding kali terakhir kami kesana tahun lalu. Cuma bumper jalan tidak standard. Jika kereta lowward baik tak usah masuk, gerenti sangkut. Kereta saya yang standard pun terseret jugak.