Kenderaan Hitam Dan Putih

Jai masih demam agaknya, hari ini pun dia masih tidak hadir bekerja. Zairi juga tidak hadir. Mungkin kepenatan semalam masih meninggalkan kesan terhadap dirinya. Hanya Aku, Din dan Apit yang hadir bekerja hari ini. Kak Sal datang membantu sesekali beliau keluar.
[Baca Lagi]



Penat Giler


Pagi ini Din tak hadir kerana demam, kereta pula masuk tak putus-putus dari jam 9:30 pagi hingga jam 6:30 petang, Jai pula ikut kecundang dan pulang sekitar jam 2:00 petang  kerana demam juga. Ini bererti kami berkerja dengan kakitangan yang tidak mencukupi, ditambah pula dengan bilangan kereta yang mahu dicuci  semakin banyak. [Baca Lagi]



Teknik Mengelap Kereta

Sambung entry sebelum ini berkaitan proses mencuci dan mengelap kereta. Setelah dibersihkan dari kesan syampoo, kereta akan dipindahkan ke ruang mengelap. Di ruang mengelap bukan kerja mengelap sahaja dilakukan tetapi juga merangkumi kerja vacum mengelap bahagian dalam kereta dan polish tayar. [Baca Lagi]



Hari Kedua Berkerja Di Snow Wash

Hari kedua aku datang jam 8:45 pagi, menanguk selama setengah jam sebab pintu belum dibuka, anak boss masih bersarapan di gerai berhampiran. Pengalaman hampir sama yang aku tempohi semasa hari pertama di car wash sebelum ni. Masa mohon kerja katanya mula pukul 8:00 pagi, tapi dah sampai 8:55 pagi sorang pun tak nampak batang hidung sampai rasa nak start motor dan cabut balik. Tidur lagi syok dari menunggu satu jam diatas motor!
[Baca Lagi]



Hari Pertama Bekerja Di Snow Wash

Ketika aku berada dikebun untuk mengambil daun pisang dan kelapa, aku terima satu sms dari Hamid, bekas rakan sekerja yang sekarang bertukar bidang kerja, dari seorang QC kepada kerja pembinaan. Hamid tahu aku sekarang memang tiada pekerjaan kerana banyak permohonan dan temuduga yang akhirnya senyap begitu saja.
[Baca Lagi]

Pengalaman Berharga

Beberapa hari ini aku tak dapat nak online sebab modem aku tak dapat nak connect, lagipun aku agak kepenatan dengan kerja baru aku, ditambah dengan aktiviti yang saban hari aku terpaksa buat demi untuk mencari rezeki lebih untuk seisi keluarga.

Kali ini aku nak bercerita tentang pengalaman. Pengalaman adalah sesuatu yang sangat berharga, yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Menimba pengalaman juga tiada batasan waktu dan usia.
[Baca Lagi]

SELF SEO – Free website speed checker

Sebelum saya ubahsuai blog, saya telah test speed di SELF SEO untuk mengetahui berapa saiz, load time dan average speed per KB. Setelah ubahsuai dilakukan saya test sekali lagi dan hasilnya memang menunjukkan ada perubahan ke atas saiz, load time dan average speed per KB. Begitu juga dengan Laman Web Famili Azam yang saya bina dengan Microsoft Front Pages
[Baca Lagi]


Ubahsuai Blog

Semalam saya edit layout blog, menukar grafik header dan menukar background dari warna hitam ke warna hijau serta meletakkan Read More untuk mempercepatkan loading Ardzham Blog ini. Selain itu menukar juga theme dan edit satu lagi blog di blogspot. Maklum sajalah tengah tak ada...
[Baca Lagi]

Gambar Perkahwinan

Gambar pengantin siapa pulak ni? Kalau nak tengok dengan lebih jelas, sila klik pada gambar tu ye kawan-kawan. Itulah gambar kenangan semasa hari perkahwinan saya pada 8 November 1992. Sekarang ni dah tahun 2010, ini bermakna dah 18 tahun berlalu. Ye lah pejam celik pejam celik dah 18 tahun hidup bersama.
[Baca Lagi]


Perjalanan Hidup

Pagi ini saya bangun agak lewat kerana tak sedar walau alarm telah di set pada jam 4:00 pagi. Nasib baik tersedar jam 5:50 pagi. Setelah isteri menyiapkan kuih-muih untuk jualan, saya pun menghantar ke gerai sekitar jam 6:30 pagi. Jam 7:30 pula menghantar isteri ke gerai kerana memang dah jadi kebiasaan isteri saya akan membantu di gerai pada hari sabtu dan ahad.
[Baca Lagi]


Pendidikan Muzik Dan PERKESO

Pulang dari sekolah, anak ke tiga saya tunjukkan kertas peperiksaan akhir tahun pendidikan muzik. Dapat 53% saja tanya saya. Susahlah yah jawab anak saya. Bila saya lihat kertas soalan tu, saya pun tak dapat nak jawab sebab saya memang tak pernah belajar pendidikan muzik. banyak istilah seperti not, ton, meter, jenis tempo, tanda syap, tanda flet, nama ki yang saya sendiri pun...
[Baca Lagi]