Ikan cencaru

Pagi ini saya bangun seawal jam 4.00 pagi. Semalam tidur awal kat depan TV. Bangun tidur saya menghadap PC sehingga jam 6.00 pagi kemudian mandi dan solat subuh. Menghantar kuih ke warung jam 6.30 pagi dan mula membersihkan kawasan bermula jam 7.00 pagi. Selesai membersihkan kawasan saya kedapur untuk menyiang ikan dan seterusnya menyiapkan sarapan pagi merangkap makan tengahari. Saya cuma masak ikan cencaru goreng dan sawi masak air.
[Baca Lagi]


Mesyuarat PIBG

Terasa penat bukan kepalang bekerja seharian hari ini. Banyak model baru nak buat sample dan mould. Pembantu saya dah hantar surat notis berhenti kerja mulai bulan depan. Ada peluang lain yang lebih baik mungkin, atau meradang dengan boss sebab hari isnin lepas dapat surat warning kerana tak datang kerja hari sabtu minggu lepas tanpa memberitahu kepada boss.



Renew Road Tax

Hari ini saya beritahu boss nak kerja setengah hari sahaja kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Habis kerja jam 12.30 tengahari, saya terus pulang kerumah, makan tengahari dan bersiap-siap ke Masjid. Pulang dari masjid saya terus ke TNB untuk membayar bil dan terus ke Parit Jawa untuk memperbaharui insuran motorsikal saya.
[Baca Lagi]



Majlis Kesyukuran

Selepas solat maghrib, kami sekeluarga ke rumah bapa saudara di Parit Amal Laut kerana ada majlis kesyukuran kerana kejayaan anak-anak dalam peperiksaan. Bila azan isyak berkumandang, saya serta seorang anak dan beberapa orang sepupu ke surau berhampiran. Sewaktu melangkah kaki untuk keluar surau setelah solat isyak, kami diarahkan untuk menunggu sebentar sebab ada satu majlis kesyukuran disurau.
[Baca Lagi]



Hard disk rosak

Pagi ini saya terima panggilan dari Boss PC World, dia kata window saya mungkin hilang fail penting dan dia kata nak format. Saya kata jangan format sebab Window XP Professional yang terpasang adalah window original dan saya cadangkan agar repair window saja. Sebelum saya hantar ke PC World pun saya dah install window kat drive D sebagaimana yang dicadangkan oleh Abang Bidan. Walau dah install window baru pun masalah sama tetap berlaku.
[Baca Lagi]



Hadiah pelengkap

Kepada sesiapa yang telah membeli sebuah monitor terpakai CRT 17″ hitam jenic Acer dari En. Zainal dan tiada tapak, sila hubungi sayadi al_quazam [at] yahoo [dot] com, kerana saya akan berikan tapak tersebut secara percuma. Ianya adalah hadiah pelengkap untuk monitor terpakai yang anda beli. Nak simpan tapak ni pun nak buat apa.......

Dan hari ini PC Pentium 4 terpaksa dihantar ke PC World kerana masalah yang sama berlarutan. Semalam saya install window dalam drive D atas cadangan Abg Bidan. Nak format drive C sayang pulak sebab mengandungi window xp original yang telah di update dan dan malas nak install programme dan pelbagai setting. Walau dah install window baru tapi masalah berlarutan. Rasanya ada hardware yang bermasalah. Serahkan kepada pakar adalah lebih baik. Sediakan saja bayarannya...

Bukan rezeki kot, tapi...

Pada 28hb Januari lepas saya dapat sebuah monitor dari seorang kawan. Sesudah saya membuka dan membersihkannya saya cuba pasang tetapi ada korosakkan pada komponen elektronik, jadi kena hantar servislah nampaknya. Kebetulan saya dapat tahu En. Zainal bapa kepada Ikram, rakan anak saya boleh membaikinya. Saya minta anak saya tanyakan pada beliau adakah beliau sedia untuk membaikinya. Saya kata saya tanya dulu dan belum bersedia untik menghantar sebab masa tu belum ada modal.


Pandangan belakang kereta En.Zainal

Dengan tak sabar-sabar En. Zainal datang tiga kali kerumah saya pada 3 hb Febuari. Pertama kali datang saya tiada di rumah, kali kedua datang saya sedang lena tidur. Kali ketiga barulah dapat berjumpa saya. Saya serahkan monitor kepadanya untuk dibaikpulih. Beliau kata akan hantar pada keesokkan harinya. Esoknya saya tunggu tapi tak dihantar. Selang beberapa hari saya sms bertanyakan tentang monitor saya. Beliau kata rosak IC, kos baik puluh sebanyak RM 100.00. Saya kata tunggu dulu sebab saya belum ada modal. Kebetulah bulan ini lewat dapat gaji. 12hb. Januari baru saya dapat gaji. Beliau beri saya tempoh dua minggu untuk ambil balik monitor saya tu.


Pandangan depan kereta En.Zainal [JHG 2656]

13hb Januari saya sms En. Zainal, saya kata siapkan monitor dan hantar. Saya akan bayar tunai masa penghantaran. Esoknya beliau datang kerumah meminta duit katanya nak buat beli barang. Saya beri RM50.00. Tunggu punya tunggu tak dihantar juga monitor saya. Saya sms tanyakan monitor saya, beliau tak balas tetapi datang pada petangnya ketika hujan lebat dan mengatakan monitor saya rosak teruk. Dah ganti beberapa IC, transformer pulak rosak dan tak boleh dibaiki.

Beliau menawarkan sebuah monitor terpakai kepada saya dengan harga RM120.00. Saya kata saya nak lihat dulu. Beliau kata monitor itu ada di rumah dan akan datang sebentar kemudian. Tak sampai lima minit beliau dah ada di depan pintu rumah saya. Macam tak logik sebab perjalanan dari rumah beliau kerumah saya pun mengambil masa sekitar tujuh minit. Rupanya beliau meletak kenderaan disebalik tangga, yang tidak dapat saya lihat dari pintu rumah saya. Kenapa mesti menipu?

Rumah En.Zainal di Taman Khalidi

Saya lihat didalam kereta kancil putihnya ada sebuah monitor 17'' jenama Likom berwarna putih. Saya tidak mahu beli monitor yang dibawanya sebab keadaannya agak teruk dan berwarna putih sedangkan set PC saya berwarna hitam. Saya kata tak ngam. Saya minta beliau menghantar monitor saya kembali walau tak dapat dibaiki. Beliau kata sekejab lagi. Beliau juga menawarkan satu set PC terpakai berharga RM800.00. Saya kata saya dah ada dua set PC dirumah.

Tunggu lebih kurang 15 minit beliau tak datang, saya terus kerumah beliau. Ketika saya datang saya lihat beliau sedang kopek komponen dari monitor saya, nafasnya juga kencang sebab tak sangka saya akan datang. Beliau kata akan hantar esok sebab nak pasang balik dan nak hantar sebuah komputer kerumah pelanggan katanya. Yang saya hairan kenapa baru sebentar tadi offer monitor Likom itu kepada saya, tak sampai 20 minit kata dah ada orang nak beli satu set.

Rumah En.Zainal

Sehingga hari ini monitor saya belum dikembalikan begitu juga duit RM 50.00. Bila saya siasat rupanya beliau memang seorang PENIPU. Dah ramai terkena dengan beliau. Suruh baiki barang mintak duit, lepastu kata tak boleh baiki walhal boleh dibaiki dan dijual kepada orang lain. Entah-entah monitor saya pun dah dijual kepada orang lain. Saya anggap saja dah tak ada rezeki, malas nak gaduh-gaduh. Tapi nak ingatkan juga kepada rakan-rakan dan jiran-jiran serta
sesiapa saja yang berada sekitar Bandar Muar supaya berhati-hati bila berurusan dengan seorang lelaki bernama Zainal, berkereta kancil berwarna putih bernombor JHG 2656.

Kemaskini 6hb April 2009: Diberitakan kereta kancil itu telah ditarik oleh pihak bank kerana En. Zainal tak dapat membayar ansuran bulanan, tetapi beliau mengatakan kena tipu dengan jurujual. Eloklah tu penipu kena tipu.