Monitor bersemut

Pagi ini Abu Hassan datang kerumah saya membawa adsl modem. Modem tak berfungsi katanya. Dia minta pendapat saya kat mana nak beli modem dan apa jenis. Saya sarankan agar dia ke TM Point minta tukar sebab dia guna pakej siap modem. Rugilah kalau beli sendiri.

Saya pula memerlukan sebuah monitor untuk PC ke dua saya, Abu Hasan kata nak beri saya sebuah monitor yang dia dah lama tak guna. Mungkin mengalami kerosakkan sebab semasa dia on beberapa bulan lepas, tak perasan ada banyak semut bersarang dalam monitor tu. Pasang jer terus short circuit. Saya kata petang ni saya datang ambil.

Petang ini saya kerumah Abu Hassan untuk meninjau modemnya. Nasib baik TM bagi satu modem gantian jadi tak perlu keluar duit nak beli. Pulang dari rumah Abu Hassan saya bawa sekali monitor tu dam malamnya saya buka. Memang bersarang semut didalam monitor tu terutamanya di bahagian tapaknya. Jenuh juga nak menghalau semut kat dalam tu. Akhirnya saya biarkan monitor tu terbuka dan saya letak hirisan cili kering untuk menghalau semut-semut itu dan biarkan disitu hingga esok hari.

0 komen: