Perjumpaan keluarga

Hari ini saya masih lagi dalam cuti tahun baru cina. Pagi ini saya mengemas dalam rumah terutamanya sekitar meja komputer saya. Sebelah petangnya kami sekeluarga ke rumah mak mentua kerana ada majlis perjumpaan keluarga. Tujuan perjumpaan keluarga ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara keluarga. Maklumlah bila waktu bekerja, masing-masing sibuk dengan urusan dan jarang dapat berkumpul. Sempat jugak membantu mak mentua saya mengopek sabut kelapa. Dah lama tak buat kerja begini memang terasa penatnya walhal cuma mengopek 15 biji kelapa sahaja.

Pulang dari rumah mak hari dah nak senja. Selepas solat maghrib saya scan gambar kepunyaan adik ipar saya dan masukkan dalam pendrive. Jam 8.30 malam saya kerumah seorang rakan bernama Abu Hassan di Parit Haji Ali untuk tengok-tengokkan komputer beliau yang katannya selalu hang dan error. Sesekali jumpa banyak hal yang kami bualkan, tak sedar hingga jauh malam. Saya bertolak balik dari rumah Abu Hassan sekitar jam 1.30 pagi.

0 komen: