Minyak Morhabshi


Pernah dengar tentang Minyak Morhabshi?
Semalam tatkala saya membuka laman web saya, ada sesaorang yang menggunakan nickname Morhabshi telah meninggalkan pesanan di shoutbox “tahniah atas pembinaan webini. Tambahan petua di blog morhabshi. Singgah le…” tulisnya. Maka dengan url yang ditinggalkan saya melawat kembali blog beliau dan saya teruja dengan banyaknya petua yang terdapat dalam blog tersebut.
[Baca Lagi]



Masuk wad 9

Pagi sabtu 15 hb isteri saya mengadu sesak nafas. dah seminggu batuk-batuk sebelum tu dah demam. Saya bawa ke Poliklinik Komuniti Bandar Maharani untuk pemeriksaan doktor. Setelah permriksaan doktor, isteri saya diarah ke bilik 7 untuk x-ray dan bilik 8 untuk ambil darah. Setelah dapat keputusan darah dari makmal, berjumpa semula dengan doktor. Doktor periksa x-ray dan menulis laporan kemudian mengarahkan semula ke bilik 8 untuk naik ambulan untuk dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
[Baca Lagi]


Ebook dari Arsyad Master

Arsyad Master telah menghasilkan 4 buah ebook yang cukup bagus untuk dibaca, saya telahpun mendapatkannya berserta banyak bonus-bonus yang menarik. Harga yang ditawarkan juga amat rendah iaitu hanya RM30 sahaja. Memang berbaloi….. Kalau anda nak mendapatkannya juga, sila klik pada e-book di bawah.
[Baca Lagi]



Laman baru

Hari berganti, minggu berlalu. Nampaknya saya semakin terasa sibuk. Badan pun kepenatan melakukan tugas seharian. Mungkin kerana usia semakin meningkat, maka tenaga pun semakin berkurangan. Nak surf net masuk ke blog rakan-rakan pun tak sempat.
Tapi nak demi nak cari rezeki maka dalam tak sempat-sempat tu lahir juga laman baru. Silakanlah untuk melayarinya walaupu belum siap 100%.
[Baca Lagi]



Terima Kasih Arsyad Master & Nuffnang

Lama sungguh saya tak update blog, berbagai masalah menimpa dan kesuntukkan masa yang amat sangat. Mungkin ini kesilapan saya sendiri yang tidak menjadual masa dengan tepat. Masalah kepenatan akibat kerja seharian, ditambah dengan kerja part time yang harus diteruskan demi untuk menambah pendapatan keluarga.
Bila membaca berbagai blog IM rasanya macam mudah untuk bisness internet, tapi saya masih buntu dan tercari-cari jalan untuk turut serta. Mencari berbagai maklumat tentang bisnes internet, akhirnya saya semakin binggung dan buntu. Siapakah yang sudi membantu….

[Baca Lagi]



Laman Al Barzah Enterprise


Satu lagi laman web telah saya bina iaitu Laman Al Barzah Enterprise milik Ustaz Mohd Zainal Bin Khamis yang berasal dari Air Hitam, Muar yang kini menetap di Puchong, Selangor. Ianya belum siap sepenuhnya kerana belum mendapat bahan dari pemiliknya.
[Baca Lagi]



Cuti hari pekerja

Selamat hari pekerja. Selamat bercuti! Seronokkan sesekali bercuti macam ni, tak payah pagi-pagi lagi nak bersiap pergi kerja....

Tapi walau cuti pun hari ini saya tetap lakukan tugas seperti biasa, maksudnya bukan tugas rasmi di tempat kerjalah. Pagi ini saya membersihkan keliling kawasan rumah pangsa sebab semalam tak sempat nak buat. Kerja ini saya lakukan sebab dah ada kontrak dan ianya sebagai kerja sampingan yang mendatangkan pendapatan tambahan untuk keluarga. Walau pun tak banyak, namun ianya juga menyumbang kepada ekonomi keluarga.
[Baca Lagi]



PC dah siap

Hari ini pulang dari kerja saya singgah di PC World untuk meninjau PC saya yang dah sebulan lebih di sana. Mula-mula hantar servis kerana selalu hang, suruh kedai periksa apa kerosakkan. Asalnya kedai kata hard disk rosak, bila dah tukar hard disk masalah tetap sama. Kemudian order satu main board, bila dah pasang tak ngam pulak kena tunggu order satu lagi mother board. Tu yang kena tunggu sampai sebulan lebih.
[Baca Lagi]



Ada Projek Baru

Minggu ini agak sibuk dengan projek membina 2 laman web baru iaitu laman Goji Hebat dan DPerdana. Syukurlah kerana ada insan yang memberi kepercayaan kepada saya untuk membina laman web. Ini juga sebahagian dari rezeki kurniaan Allah untuk saya sekeluarga.
[Baca Lagi]



Selamat Tinggal KM Chalet


Hari ini adalah hari terakhir percutian, pagi ini lepas sarapan mandi-manda lagi. Tapi saya dan isteri dan anak bungsu saya tidak turut serta. kami jalan-jalan sekitar pantai dan sekitar KM Chalet dan ambil gambar kenangan. Jam 2.00 petang kami bertolak keluar dari KM Chalet. Singgah di jeti restoran terapung untuk mengambil gambar kenangan, kemudian terus menuju ke kota Afamosa di Banda Hilir Melaka.
[Baca Lagi]



Mandi laut

Saya bangun awal, selepas solat subuh saya ke pantai sendirian. Sungguh nyaman suasana dengan deruan ombak memecah pantai. Lepas sarapan pagi kami ramai-ramai mandi-manda di pantai. Ramai sungguh orang hari ini, maklumlah hari minggu. Ada dua kumpulan yang sama-sama menyewa challet di KM Chalet melakukan berbagai aktiviti. Salah satu kumpulan dari TM berdasarkan kemeja T warna hitam dan ada strip oren serta logo TM.
[Baca Lagi]



Julia Homestay

Pagi ini saya bangun awal, mencuci kereta dan membuat persiapan akhir untuk satu perjalanan. Jam 9.00 pagi kami berkumpul di rumah mak, Jam 9.30 pagi kami memulakan ke Kuala Linggi dengan tiga buah kereta, sampai di sana sekitar jam 12.00 tengahari. Kami lepak-lepak di tepian pantai sementara menunggu waktu untuk check in di Julia Homestay di KM Challet. Sewaktu kami sampai masih ada penyewa di Julia Homestay yang telah kami tempah sejak awal lagi.
[Baca Lagi]



Tukar Tayar

Pulang dari kerja saya ke kedai hawa dingin kereta untuk mengisi gas air cond di Jalan Hashim, kena caj RM 20.00. Kemudian saya ke kedai tayar untuk mengganti dua buah tayar kereta di Jalan Abdul Rahman, kena lagi RM 240.00. Nak cuci kereta pun dah tak sempat sebab dah masuk waktu maghrib.
[Baca Lagi]



Ikan cencaru

Pagi ini saya bangun seawal jam 4.00 pagi. Semalam tidur awal kat depan TV. Bangun tidur saya menghadap PC sehingga jam 6.00 pagi kemudian mandi dan solat subuh. Menghantar kuih ke warung jam 6.30 pagi dan mula membersihkan kawasan bermula jam 7.00 pagi. Selesai membersihkan kawasan saya kedapur untuk menyiang ikan dan seterusnya menyiapkan sarapan pagi merangkap makan tengahari. Saya cuma masak ikan cencaru goreng dan sawi masak air.
[Baca Lagi]


Mesyuarat PIBG

Terasa penat bukan kepalang bekerja seharian hari ini. Banyak model baru nak buat sample dan mould. Pembantu saya dah hantar surat notis berhenti kerja mulai bulan depan. Ada peluang lain yang lebih baik mungkin, atau meradang dengan boss sebab hari isnin lepas dapat surat warning kerana tak datang kerja hari sabtu minggu lepas tanpa memberitahu kepada boss.



Renew Road Tax

Hari ini saya beritahu boss nak kerja setengah hari sahaja kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Habis kerja jam 12.30 tengahari, saya terus pulang kerumah, makan tengahari dan bersiap-siap ke Masjid. Pulang dari masjid saya terus ke TNB untuk membayar bil dan terus ke Parit Jawa untuk memperbaharui insuran motorsikal saya.
[Baca Lagi]



Majlis Kesyukuran

Selepas solat maghrib, kami sekeluarga ke rumah bapa saudara di Parit Amal Laut kerana ada majlis kesyukuran kerana kejayaan anak-anak dalam peperiksaan. Bila azan isyak berkumandang, saya serta seorang anak dan beberapa orang sepupu ke surau berhampiran. Sewaktu melangkah kaki untuk keluar surau setelah solat isyak, kami diarahkan untuk menunggu sebentar sebab ada satu majlis kesyukuran disurau.
[Baca Lagi]



Hard disk rosak

Pagi ini saya terima panggilan dari Boss PC World, dia kata window saya mungkin hilang fail penting dan dia kata nak format. Saya kata jangan format sebab Window XP Professional yang terpasang adalah window original dan saya cadangkan agar repair window saja. Sebelum saya hantar ke PC World pun saya dah install window kat drive D sebagaimana yang dicadangkan oleh Abang Bidan. Walau dah install window baru pun masalah sama tetap berlaku.
[Baca Lagi]



Hadiah pelengkap

Kepada sesiapa yang telah membeli sebuah monitor terpakai CRT 17″ hitam jenic Acer dari En. Zainal dan tiada tapak, sila hubungi sayadi al_quazam [at] yahoo [dot] com, kerana saya akan berikan tapak tersebut secara percuma. Ianya adalah hadiah pelengkap untuk monitor terpakai yang anda beli. Nak simpan tapak ni pun nak buat apa.......

Dan hari ini PC Pentium 4 terpaksa dihantar ke PC World kerana masalah yang sama berlarutan. Semalam saya install window dalam drive D atas cadangan Abg Bidan. Nak format drive C sayang pulak sebab mengandungi window xp original yang telah di update dan dan malas nak install programme dan pelbagai setting. Walau dah install window baru tapi masalah berlarutan. Rasanya ada hardware yang bermasalah. Serahkan kepada pakar adalah lebih baik. Sediakan saja bayarannya...

Bukan rezeki kot, tapi...

Pada 28hb Januari lepas saya dapat sebuah monitor dari seorang kawan. Sesudah saya membuka dan membersihkannya saya cuba pasang tetapi ada korosakkan pada komponen elektronik, jadi kena hantar servislah nampaknya. Kebetulan saya dapat tahu En. Zainal bapa kepada Ikram, rakan anak saya boleh membaikinya. Saya minta anak saya tanyakan pada beliau adakah beliau sedia untuk membaikinya. Saya kata saya tanya dulu dan belum bersedia untik menghantar sebab masa tu belum ada modal.


Pandangan belakang kereta En.Zainal

Dengan tak sabar-sabar En. Zainal datang tiga kali kerumah saya pada 3 hb Febuari. Pertama kali datang saya tiada di rumah, kali kedua datang saya sedang lena tidur. Kali ketiga barulah dapat berjumpa saya. Saya serahkan monitor kepadanya untuk dibaikpulih. Beliau kata akan hantar pada keesokkan harinya. Esoknya saya tunggu tapi tak dihantar. Selang beberapa hari saya sms bertanyakan tentang monitor saya. Beliau kata rosak IC, kos baik puluh sebanyak RM 100.00. Saya kata tunggu dulu sebab saya belum ada modal. Kebetulah bulan ini lewat dapat gaji. 12hb. Januari baru saya dapat gaji. Beliau beri saya tempoh dua minggu untuk ambil balik monitor saya tu.


Pandangan depan kereta En.Zainal [JHG 2656]

13hb Januari saya sms En. Zainal, saya kata siapkan monitor dan hantar. Saya akan bayar tunai masa penghantaran. Esoknya beliau datang kerumah meminta duit katanya nak buat beli barang. Saya beri RM50.00. Tunggu punya tunggu tak dihantar juga monitor saya. Saya sms tanyakan monitor saya, beliau tak balas tetapi datang pada petangnya ketika hujan lebat dan mengatakan monitor saya rosak teruk. Dah ganti beberapa IC, transformer pulak rosak dan tak boleh dibaiki.

Beliau menawarkan sebuah monitor terpakai kepada saya dengan harga RM120.00. Saya kata saya nak lihat dulu. Beliau kata monitor itu ada di rumah dan akan datang sebentar kemudian. Tak sampai lima minit beliau dah ada di depan pintu rumah saya. Macam tak logik sebab perjalanan dari rumah beliau kerumah saya pun mengambil masa sekitar tujuh minit. Rupanya beliau meletak kenderaan disebalik tangga, yang tidak dapat saya lihat dari pintu rumah saya. Kenapa mesti menipu?

Rumah En.Zainal di Taman Khalidi

Saya lihat didalam kereta kancil putihnya ada sebuah monitor 17'' jenama Likom berwarna putih. Saya tidak mahu beli monitor yang dibawanya sebab keadaannya agak teruk dan berwarna putih sedangkan set PC saya berwarna hitam. Saya kata tak ngam. Saya minta beliau menghantar monitor saya kembali walau tak dapat dibaiki. Beliau kata sekejab lagi. Beliau juga menawarkan satu set PC terpakai berharga RM800.00. Saya kata saya dah ada dua set PC dirumah.

Tunggu lebih kurang 15 minit beliau tak datang, saya terus kerumah beliau. Ketika saya datang saya lihat beliau sedang kopek komponen dari monitor saya, nafasnya juga kencang sebab tak sangka saya akan datang. Beliau kata akan hantar esok sebab nak pasang balik dan nak hantar sebuah komputer kerumah pelanggan katanya. Yang saya hairan kenapa baru sebentar tadi offer monitor Likom itu kepada saya, tak sampai 20 minit kata dah ada orang nak beli satu set.

Rumah En.Zainal

Sehingga hari ini monitor saya belum dikembalikan begitu juga duit RM 50.00. Bila saya siasat rupanya beliau memang seorang PENIPU. Dah ramai terkena dengan beliau. Suruh baiki barang mintak duit, lepastu kata tak boleh baiki walhal boleh dibaiki dan dijual kepada orang lain. Entah-entah monitor saya pun dah dijual kepada orang lain. Saya anggap saja dah tak ada rezeki, malas nak gaduh-gaduh. Tapi nak ingatkan juga kepada rakan-rakan dan jiran-jiran serta
sesiapa saja yang berada sekitar Bandar Muar supaya berhati-hati bila berurusan dengan seorang lelaki bernama Zainal, berkereta kancil berwarna putih bernombor JHG 2656.

Kemaskini 6hb April 2009: Diberitakan kereta kancil itu telah ditarik oleh pihak bank kerana En. Zainal tak dapat membayar ansuran bulanan, tetapi beliau mengatakan kena tipu dengan jurujual. Eloklah tu penipu kena tipu.

Mencuba dan berjaya

Malam semalam sedang online, dua kali blackout walau pun sekadar seminit dua, tapi cemas juga. Mana tau kena blackout berjam-jam. Stok lilin pun dah tak ada lagi. Tapi syukur blackout cuma seketika.

Saya buka PC Pentium 4 yang bermasalah. Bersihkan heat sink dan cpu fan. Cabut sebatang RAM 256MB dan tinggalkan sebatang jer yang baru 1GB. Mana tau RAM yang bermasalah. Kemudian saya pasang dan hidupkan.

Saya Uninstall Deep Freeze, Lime Wire dan remove user password. Buat sajalah apa yang terfikir menjadi penyebab masalah. Kemudian Install dan run Personal Window Care 3.2. Saya on beberapa jam, nampaknya elok saja tak hang lagi. Syukurlah bukan mainboard yang bermasalah.

PC meragam lagi

Sejak beberapa ketika ini, PC saya meragam lagi. Bertanya pada rakan rakan, namun masih belum ada penyelesaiannya. Penunjuk mouse tiba-tiba terhenti dan PC menjadi hang. Bila tekan butang reset, monitor menjadi gelap.

Semalam scroll pada mouse tak berfungsi dan menjadi keras seperti ball bearing pecah. Tapi, benarkah begitu. Tak pernah pula saya buka mouse untuk melihat isi di dalamnya. Saya syak mouse yang rosak. Kemudian saya beli satu mouse jenama LG dengan harga RM18 di PC World.


Inilah mouse jenama LG yang baru saya beli


Selamat tinggal buat mouse EG, cuma sempat berkhidmat selama 4 bulan saja.

Ingatkan dah tukar mouse masalah selesai. Rupa-rupanya semakin teruk. Baru on PC tak sampai 5 minit dia hang. Baru loading window pun dia hang. Aku syak mother board bermasalah. Baru 2 bulan lepas abang bidan tukarkan motherboard second hand. Kena beli baru kot. Hari ini pentium 3 933 mhZ saya terpaksa berkhidmat semula. Nasib baik belum terjual. Kalau dah terjual, aduhai tak dapat nak mentenetlah jawabnya.

Solat hajat & tahlil

Hari ini diberi cuti kosong lagi. Kalau begini keadaannya bakal terjejas ekonomi keluarga bulan depan. Sehingga hari ini, gaji bulan lepas pun tak keluar lagi. Nasib baik ada pendapatan sampingan. Kalau tidak sukar juga nak meneruskan kehidupan.

Pagi ini saya bersama isteri ke pasar Besar Exon Save untuk berbelanja barang-barang keperluan harian terutamanya barang-barang dapur seperti ikan, sayuran, gula, teh dan sebagainya. Kenalah berjimat sikit, beli hanya yang benar-benar perlu sahaja.

Malamnya pula jam 7.00 saya bersama anak saya Fikrie dan Neena ke surau Hj. Mahadi untuk majlis solat hajat untuk memohon kepada Allah agar anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan september nanti beroleh kecemerlangan. Anak saya Neena adalah salah seorang calun yang akan menduduki peperiksaan UPSR.



Acara bermula dengan solat maghrib, diikuti dengan solat hajat kemudian bacaan Yassin dan tahlil, solat isyak kemudian ucapan penutup oleh Tuan Haji Hamin Bin Lahuri selaku Guru Besar Sekolah dimana anak saya belajar. Majlis seperti ini memang dijalankan setiap tahun dan mendapat kerjasama penuh dari AJK dan kariah surau Hj. Mahadi.

Tak ada kerja, tak ada gaji

Semalam pagi seperti hari-hari biasa yang saya lalui, selepas menghantar anak-anak ke sekolah, saya bersarapan kemudian berangkat ke tempat kerja. Sampai di tempat kerja saya tengok lapang selapangnya. Pembantu boss beritahu hari ini tak payah kerja sebab tak ada barang. Cuma 6 orang saja dipanggil bekerja. Itu pun warga asing. Maka baliklah saya ke rumah…

Kebetulan semalam cuti thaipusam, anak-anak tak sekolah jadi saya bawa anak-anak jalan-jalan kat Tanjung Emas. Tengok kera-kera, main buai, main jongkang jongket, main gelungsur dan akhirnya makan keropok likur dan minum air jagung. Dah siap makan maka baliklah….

Hari ini pagi-pagi lagi saya telefon pembantu boss. Tak sempat cakap apa pun dia dah kata “tak ada, tak ada”. Cuti lagi gamaknya. Esok, entahlah apa nasib…

Kolam air panas


Neesa terpaku melihat aksi pengunjung


Merendam kaki melancarkan peredaran darah


Ramai pengunjung kolam air panas Sungai Gersik


Neesa & Neeza Seronok bermandi-manda

Pagi ini kami sekeluarga ke kolam air panas sungai gersik untuk berkelah kononnya. Ramai juga pengunjung di sana. Maklumlah hari minggu dan dalam cuti tahun baru cina. Keadaan bertambah baik berbanding kali terakhir kami kesana tahun lalu. Cuma bumper jalan tidak standard. Jika kereta lowward baik tak usah masuk, gerenti sangkut. Kereta saya yang standard pun terseret jugak.

Monitor bersemut

Pagi ini Abu Hassan datang kerumah saya membawa adsl modem. Modem tak berfungsi katanya. Dia minta pendapat saya kat mana nak beli modem dan apa jenis. Saya sarankan agar dia ke TM Point minta tukar sebab dia guna pakej siap modem. Rugilah kalau beli sendiri.

Saya pula memerlukan sebuah monitor untuk PC ke dua saya, Abu Hasan kata nak beri saya sebuah monitor yang dia dah lama tak guna. Mungkin mengalami kerosakkan sebab semasa dia on beberapa bulan lepas, tak perasan ada banyak semut bersarang dalam monitor tu. Pasang jer terus short circuit. Saya kata petang ni saya datang ambil.

Petang ini saya kerumah Abu Hassan untuk meninjau modemnya. Nasib baik TM bagi satu modem gantian jadi tak perlu keluar duit nak beli. Pulang dari rumah Abu Hassan saya bawa sekali monitor tu dam malamnya saya buka. Memang bersarang semut didalam monitor tu terutamanya di bahagian tapaknya. Jenuh juga nak menghalau semut kat dalam tu. Akhirnya saya biarkan monitor tu terbuka dan saya letak hirisan cili kering untuk menghalau semut-semut itu dan biarkan disitu hingga esok hari.

Perjumpaan keluarga

Hari ini saya masih lagi dalam cuti tahun baru cina. Pagi ini saya mengemas dalam rumah terutamanya sekitar meja komputer saya. Sebelah petangnya kami sekeluarga ke rumah mak mentua kerana ada majlis perjumpaan keluarga. Tujuan perjumpaan keluarga ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara keluarga. Maklumlah bila waktu bekerja, masing-masing sibuk dengan urusan dan jarang dapat berkumpul. Sempat jugak membantu mak mentua saya mengopek sabut kelapa. Dah lama tak buat kerja begini memang terasa penatnya walhal cuma mengopek 15 biji kelapa sahaja.

Pulang dari rumah mak hari dah nak senja. Selepas solat maghrib saya scan gambar kepunyaan adik ipar saya dan masukkan dalam pendrive. Jam 8.30 malam saya kerumah seorang rakan bernama Abu Hassan di Parit Haji Ali untuk tengok-tengokkan komputer beliau yang katannya selalu hang dan error. Sesekali jumpa banyak hal yang kami bualkan, tak sedar hingga jauh malam. Saya bertolak balik dari rumah Abu Hassan sekitar jam 1.30 pagi.

Balik kampung


Jerebu agak tebal di sekitar Sungai Balang


Pintu gerbang Hentian Mahkota


Anak-anak mengambil kesematan bermain di taman permainan


Jeti nelayan yang terdapat di kawasan Hentian Mahkota

Sempena cuti tahun baru cina, saya mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung asal saya di Rengit. Mengunjungi saudara mara dan ibu tersayang. Namun tidak dapat berada lama di kampung kerana Neena yang berada di tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada september ini ada kelas tambahan pada isnin, selasa dan rabu nanti.

Dalam perjalanan pulang jerebu agak tebal di sekitar Sungai Balang, Saya singgah sebentar di Hentian Mahkota di Parit Simin, Batu Pahat. Anak-anak mengambil peluang bermain di taman permainan.

Sampai di kampung sekitar jam 11.00 pagi. Selepas Zohor saya ke Kampung Bagan untuk mengunjungi 2 rumah mak saudara saya dan rumah sepupu saya. Petang itu juga sempat ke pasar malam di Sri Merlong. Malamnya saya ke Parit Betak bersama sepupu saya yang bernama Perian.

Perian adalah OKU dari masa kelahiran, sekarang dah berusia 46 tahun. Sukar untuk bergerak kerana kecacatan pada kedua belah kakinya. Saya dan Perian ke Parit betak untuk membeli SIM Card Hotlink untuk kegunaan beliau serta beberapa barang keperluan beliau. Sesekali saya balik kampung maka inilah kesempatan yang ada untuk Perian meminta saya menghantar beliau mencari barang keperluan. Selalunya beliau hanya mengirim barang dari mak saudara saya dan sepupu yang lain.

Aku janji

Pagi ini saya bangun lebih awal daripada biasa, setelah mandi saya kejutkan anak-anak agar cepat mandi dan bersiap ke sekolah. Dauz dan Fikrie ke sekolah menaiki basikal, manakala Neena, Neeza dan Effa saya hantar kerana mereka masih berada di sekolah rendah.

Setelah menghantar anak-anak ke sekolah, saya pulang kerumah dan bersiap ke hospital untuk menghantar barang keperluan isteri saya dan anak saya Neesa. dari hospital saya kembali semula kerumah. Sampai dirumah saya membasuh pakaian, memasak dan mengemas rumah.

Masa seperti terlalu cepat berlalu, kerja-kerja saya siap kira-kira jam 12.30 tengahari, saya rehat sebentar sambil menunggu jam 1.30 tengahari untuk menjemput anak-anak dari sekolah. Setelah menjemput anak-anak, kami ke hospital untuk melawat Neesa.

Petangnya pula kira-kira jam 5.30 petang kami ke hospital lagi untuk menjemput anak dan isteri saya yang telah dibenarkan keluar wad. Malamnya pula saya menghadiri majlis taklimat khas UPSR 2009 dan Aku janji 5A UPSR 2009 yang diadakan di sekolah tempat anak saya belajar. Tahun ini Neena akan menghadapi peperiksaan UPSR.

Neesa masuk wad 15


Hari ini pulang dari kerja, seperti biasa saya menyapu sampah di sekitar kawasan rumah. Bersembang dengan abang Faiz, jiran baru yang menyewa di unit B-4-01. Baru beberapa hari abang Faiz berpindah dari Taman Orkid.

Tatkala saya baru saja selesai mandi, isteri saya mengetuk pintu bilik dengan keras bertalu-talu. Selalunya tak macam ni. Bila saya buka pintu rupanya anak bungsu saya yang berusia setahun sebulan terkulai seperti tidak bernafas dalam dakapan isteri saya. Neesa jatuh di bilik air semasa hendak mandi bersama kakaknya.

Saya cuba beri bantuan pernafasan dan terus membawanya ke Unit kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Lemah longlai seketika, kemudian menangis dan terdiam semula semasa dalam perjalanan ke Hospital. Isteri saya kelihatan cemas dan hampir menangis sambil memanggil-manggil Neesa.

Saya memandu agak laju juga, nasib baik jalan tidak sesak. Sampai di Hospital Doktor memeriksanya dan kemudian masuk ke bilik kecemasan. Doktor mengambil dua tabung kecil darah dari tangan kanannya dan memasang jarum disebelah tangan kirinya untuk memasukkan ubat kemudian dibawa ke bilik CT Scan untuk ujian X Ray.

Keluar dari bilik CT Scan, kembali ke bilik kecemasan. Isteri saya yang menemaninya sementara saya menunggu di luar sehingga dipanggil untuk mendaftar kerana anak saya akan dimasukkan ke wad 15. Sampai di wad 15, seorang doktor menemuramah isteri saya untuk mendapatkan beberapa maklumat yang diperlukan. Selesai saja, saya pun berangkat balik. Isteri saya tinggal di wad bersama anak saya.

Dalam perjalanan pulang dari hospital saya singgah di pasaraya Growth Mart untuk membeli beberapa barang keperluan seperti tisu lembab, air mineral, roti dan sebagainya. Sampai di rumah saya arahkan anak-anak saya untuk menyediakan beberapa keperluan yang hendak dihantar ke hospital.

Setelah persiapan dilakukan saya ke hospital semula bersama anak-anak kecuali along yang dah tidur kepenatan sebab ada aktiviti di sekolah petang tadi. Hanya saya seorang dibenarkan untuk masuk ke wad, sementara anak-anak saya yang lain menunggu dil uar. Bila saya masuk saya dapati adik ipar saya Ieda dah berada di sana. Setelah menyerahkan barangan yang saya bawa kepada isteri saya, maka saya pun berangkat pulang kerumah. Sampai di rumah kira-kira jam 11.30 malam, saya arahkan semua anak-anak masuk tidur. Saya tak tidur sebaliknya on komputer dan menulis blog ini. Panjang betul catatan saya hari ini....

Update laman SKBM


Cikgu Hamidi Mohd. Jadi

Petang ini sewaktu saya sedang membersihkan kawasan, isteri saya beri telefon bimbit saya, katanya baru sebentar tadi Cikgu Hamidi menghubungi saya. Saya terus ke bahagian belakang rumah untuk membuang sampah dan saya menghubungi Cikgu Hamidi. Rupa-rupanya Cikgu Hamidi dah pun berada di hadapan rumah saya.

Cikgu Hamidi datang untuk menyerahkan bahan web dan berbincang sedikit tentang update laman SK Bandar Maharani. Ada bahan baru yang hendak dimasukkan. Saya telah diberitahu sebelumnya tentang perkara ini dan saya telah menyiapkan template untuk laman SKBM.

Rasanya dalam beberapa hari ini saya akan sibuk dengan aktiviti up date Laman SKBM

Tanam Pisang

Kerja semakin berkurangan kerana tiada order. Ada rakan-rakan yang bekerja di tempat lain beritahu hanya bekerja empat atau lima hari seminggu. Ditempat saya masih kekal 6 hari seminggu, hanya overtime yang tiada. Hari ini saya menyiapkan dua jenis sample untuk Concorde Furniture dan membuat dua buah meja kecil milik boss sendiri. Meja hiasan untuk menyambut tahun baru cina…

Pulang dari kerja, selepas makan, mandi dan solat, saya bersama isteri dan anak-anak ke kedai runcit di Taman Mawar untuk membeli barang keperluan termasuk juga bahan-bahan untuk membuat kuih seperti kentang, tepung, marjerin, minyak masak dan sebagainya.

Pulang dari kedai saya mengorek dua lubang di belakang rumah untuk menanam pokok pisang yang saya ambil dari kebun semalam. Harap-harap pokok pisang ini akan tumbuh membesar dengan subur.

Daun Pisang

Petang ini saya bersama isteri ke kebun untuk mengambil daun pisang untuk pembalut pulut panggang dan lepat pisang. Tak cukup dengan daun saya bawa balik sekali dua anak pisang untuk ditanam di belakang rumah. Oleh kerana pulang dari kebun dah agak lewat sehingga hampir waktu maghrib, maka tak dapat saya untuk menanam akan pisang yang saya ambil.

Ulang tahun ke 7

Selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke 7 untuk effa, anak saya yang ke lima. Baru 2 hari kembali ke sekolah, hari ini terpaksa cuti kerana demam dan batuk. “Ayah, hari ini harijadi adik, belikan kek ye.” itulah pesanannya untuk saya pagi tadi sebelum saya pergi kerja.

Selepas maghrib saya keluar ke bandar untuk membeli kek, air bikarbonat dan beberapa jenis makanan ringan untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran Effa. Tak jemput sesiapa pun. hanya kami sekeluarga sahaja. Sebagai kenangan di bawah ini ada beberapa gambar sambutan itu.

Kembali Ke Sekolah


Cuti dah pun tamat, hari ini adalah hari pertama kembali ke sekolah unuk memulakan sessi 2009. Semuanya riang dengan pakaian baru, kasut baru dan buku baru. Semoga semangat kembali ke sekolah hari ini akan berterusan sehingga ke akhir tahun….

Ke HPSF Muar

Petang tadi pulang dari kerja saya terus bersiap untuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Hajat untuk menjengah adik ipar saya yang dimasukkan ke hospital semalam kerana panas badan dan bengkak hati. Saya hanya bermotorsikal sahaja bersama isteri dan anak bungsu.

Pulang dari HPSF singgah di kedai runcit di Taman Mawar untuk membeli kentang, tepung, marjerin, minyak masak dan beberapa bahan lain untuk membuat kuih karipap, kuih lompang, pulut panggang dan lepat pisang untuk jualan esok.


Inilah karipap yang telah siap, tunggu esok pagi baru goreng.

Ini adalah satu lagi cara keluarga saya untuk menambah pendapatan. Bulan ini banyak kena keluar duit sebab anak-anak akan memulakan sessi persekolahan pada 5 hb. Januari. Baju, kasut, alat tulis dan buku-buku semua kena beli. Yuran pun kena bayar juga.....