Majlis Yassin & Tahlil

Pagi tadi saya terlewat 30 minit masuk kerja, pertama kali punch card merah untuk bulan May 2008. Hari ini saya buat 2 unit sample dinning table leg yang bentuknya agak sukar, saya nak scan plan drawing, scanner tak boleh guna pulak. Masih ada dua model lagi yang belum saya siapkan, masa pula terasa bergerak terlalu pantas.

Selepas maghrib saya bersama isteri dan dua orang anak perempuan menghantar dua orang anak lelaki saya untuk latihan silat, kemudian saya menjemput mak dan dua oang anak perempuan saya untuk sama-sama kerumah Pak Uda di Lorong Perwira kerana menghadiri majlis Yassin dan Tahlil. Pulang dari rumah Pak Uda saya menjemput dua orang anak saya kemudian menghantar mak dan terus pulang kerumah.

Surat Ugutan

Hari ini saya terima surat satu ugutan, ianya agak mengecewakan saya sebab setiap bulan gaji saya dipotong untuk membayar kepada pihak ini. malahan majikan saya juga turut membayar kepada pihak ini. Namun pihak ini selalu begini....

Surat bertarikh pada 26hb Mei 2008 mengugut jika tidak menerima jawapan dalam tempoh dua minggu, tindakkan menutup fail akan diambil. Ini bermakna tuntutan saya terhadap pampasan atas kemalangan yang menimpa saya pada 7 hb April 2008 akan terbatal jika saya tidak memberi jawapan dalam masa dua minggu.

Pihak ini meminta: Sila jelaskan masa kemalangan berlaku ( bahagian 3b borang 21). Proses tuntutan hanya akan diproses jika kesemua butir-butir yang diperlukan diterima. Dua minggu lepas pun seorang kawan saya menerima ugutan yang sama kerana cetakkan kedatangan di punch card tidak jelas.

Siapakah pihak yang mengugut saya? Jawapannya ada di bawah.

Mengapa mesti mengugut, adakah telah tiada ayat lain yang lebih baik selain ayat ugutan itu?

Pasang Buaian


Pulang dari kerja, Mak Ita jiran saya datang meninjau buaian yang saya pasang untuk anak bungsu saya, katanya nak buat buaian yang sama untuk anaknya. Nak beli barang kat kedai hardware dah agak lewat, kebetulan saya ada satu set lagi besi penyangkut kipas angin dan dua nut pengikat. Saya pasangkan sekali dirumahnya kerana Pak Sarif suami Mak Ita kurang tahu hal-hal pasang memasang macam ni. Jenuh juga nak tebuk kongkrit untuk memasangnya. Maklumlah rumah kami bersiling kongkrit bukan abestos!

Lepas maghrib saya menghadap PC dan meninjau blog saya, seorang pengunjung bernama Topo meninggalkan jejak di shoutbox saya, maka saya pun klik nickname beliau untuk berkunjung ke blognya yang diberi nama topotato.com - blog yang tiada kaitan dengan kentang… Saya jelajah hingga ke Part 17, dan saya temui link blog internet tanpa batasan dan saya jelajahi hingga ke Page 17 juga. Lepas tu saya baring-baring tengok TV atau TV yang tengok saya terlelap... dan biarkan anak saya Neena main games online.

Dua orang anak lelaki saya ke cyber cafe, isteri saya bersama tiga lagi anak perempuan saya bersama adik ipar saya kerumah mak, ada perbincangan sedikit tentang masakan yang akan dihidang pada hari kenduri nanti. Biarlah tu kerja orang perempuan, saya tak kisah masak apa pun asal boleh makan....

Tak Keluar Rumah

Hari ini dalam sejarah, saya tak keluar rumah langsung walaupun hari minggu. Pagi tadi pun bangun agak lewat, penat sungguh balik dari rewang semalam. Bangun dah jam 7.30 pagi. Lepas mandi saya mula mencuci baju, sambil tu saya tanak nasi dengan rice cooker. Nasi tu saya goreng untuk sarapan seisi keluarga bersama teh O. Kuih kaswi yang dibawa balik dari rumah bapa saudara semalam saya kukus semula.

Siap cuci baju, memasak dan bersarapan saya mula mengadap pc. Hari ini jumpa blog baru iaitu
Blog Menjerit dan Lepak Borak Gelak. Kedua-dua blog ni memang menarik perhatian saya dari segi layout dan isi. Tahniah untuk pemilik. Dua orang anak lelaki saya keluar kerumah kawan katanya. Anak-anak perempuan hanya bermain di dalam rumah dan keluar sesekali kerumah jiran sebelah menyebelah.

Selepas Zuhur saya tidur sehingga jam 5.30 petang. Entah kenapa badan terasa letih sangat. Mungkin kerana banyak aktiviti diluar sejak beberapa hari yang lalu. Lepas maghrib saya menghadap PC lagi. Saya install DriverMax untuk backup driver dan PhotoScape untuk edit gambar. Janggal jugak sebab benda baru, saya selalu gunakan Macromedia Firework 4 untuk edit gambar.

Pengantin Baru



Selamat pengantin baru diucapkan buat sepupu saya Hayati dan pasangannya Helmy. Selamat diijabkabulkan pada hari ini Sabtu 24hb May 2008. Semoga berbahagia sepanjang hayat dan sentiasa beroleh keberkatan....

Hari ini seisi keluarga kembali berkumpul kerana meraikan majlis perkahwinan sepupu saya. Dari pagi hingga habis majlis sama-sama rewang. Penat tak usah ceritalah, memang semua orang penat, namun bila majlis berjalan lancar pasti tergambar wajah kesyukuran dikalangan keluarga dan sanak saudara. Hanya satu foto dapat saya sertakan disini, jika ingin melihat lebih banyak foto sila ke Famili Azam Fotopages

Petola Masak Tumis


Pulang dari kerja perut terasa lapar sangat. Saya jengah ke dapur, cuma ada nasi dalam rice cooker. Saya keluarkan bawang besar, bawang putih, lada merah dan cili padi dari peti ais kemudian mula memotongnya. Kemudian saya potong petola. Saya goreng bahan pertama tadi kemudian selepas naik baunya saya masukkan petola yang telah dipotong tadi dan semangkuk air. saya tambahkan garam secukup rasa, ajinomoto dan separuh kiub ayam maggi. Maka siaplah lauk ekspress pertama saya dalam beberapa minit.

Kemudian saya potong lagi bawang besar, lada merah dan cili padi. Saya masukkan ke dalam satu mangkuk dan pecahkan tiga biji telur, tambahkan sedikit garam dan mula memukulnya dengan garfu. Saya panaskan minyak dalam kuali. Bila dah panas saya masukkan telur yang saya pukul tadi. Dalam beberapa minit siaplah lauk kedua saya berupa telur dadar.

Lepas tu saya pun makan, datang pula Fikrie anak kedua saya dan tumpang sekaki, sedap ayah masak katanya. Bodeklah tu.... Lepas makan saya berehat beberapa ketika dan kemudian mandi dan sembahyang asar.

Kemudian saya sekeluarga ke pekan Parit Bakar untuk membeli pakaian untuk anak-anak perempuan saya. Lepas tu kami singgah di rumah ibu mentua saya dan sembahyang maghrib di sana. Lepas maghrib, kami bertolak ke sebuah kedai runcit di Taman Mawar untuk membeli sedikit barang keperluan. Kemudian kami pun balik.

PC Meragam



Lepas maghrib saya buka pc, lain macam je prestasi pc saya hari ini, tak macam selalu dan kali terakhir saya guna malam tadi sekitar jam 11.40 malam. Kaspersky 7.0 detect beberapa trojan dalam folder milik anak saya Dauz. Saya dah delete semua file miliknya. Rupanya dia download komponen Ijji Gunz Games Online semasa saya tiada di rumah tadi. Bulan lalu pun dia buat benda yang sama, saya dah larang dan delete semua file.

Lembab semacam lepas error di Firefox. saya guna Opera pun error juga. Yahoo Messenger tak boleh on. Letihlah macam ni. Saya cuba gunakan Tune Up Utilities 2008 untuk mencari punca masalah dan selesaikannya, tapi tak berjaya juga. Kemudian saya restart. Window tak boleh loading pulak. Saya buka kedua-dua RAM dan bateri CMOS dan on pc, biarkan beberapa minit kemudian off dan pasang semula RAM dan bateri CMOS

Sama jugak malahan ada arahan untuk repair window. Bila saya setting Advance Bios untuk boot from CD. Tak boleh boot from CD. File setupdd.sys could not be loaded. The error code is 7. Setup cannot continue. Press any key to exit. Sebentar tadi saya guna DVD Drive LG, saya tukar guna CD drive ASUS. Tak boleh juga, mesej yang sama terpapar.

Apa nak buat ni… Saya cabut 1 RAM kemudian on pc, bunyi tittt, tittt, tittt. Sah 1 RAM dah rosak ni. Saya keluarkan RAM 256MB yang rosak dan pasang semula RAM yang baru saya buka tadi dan repair window. Lega segalanya selamat tapi terpaksa beroperasi dengan 128MB RAM sajalah nampaknya. Sakit jugak tu, nak kena cari modal lagi ni...

Skin Blog





Hari ini saya tukar lagi skin blog ni. Skin ini saya ambil dari http://blogger-skin-resources.blogspot.com nama asalnya adalah Purple, My Days - XML Skin. Saya ubahsuai dan namakan Songket Hijau. Berjam-jam jugak saya menghadap pc untuk mengubah skin ini, namun hasilnya saya amat berpuashati. Skin ini amat sesuai bila dilayari dengan Mozila Firefox dengan resolusi skrin 768 X 1024 pixel. Kalau gunakan Internet Explorer atau Opera, nampak sedikit "lari" pada header dan footer.

Kepada sesiapa yang berkenan dengan skin ini dan mahu menggunakannya, sila download file songket_hijau.xml di SINI. [Klik Kanan & Save Link As] Tulisan selamat Datang, Monggo Mampir dan Welcome boleh saya tukarkan jika mahu, hubungi saya di al_quazam [at] yahoo [dot] com, nanti saya buatkan image tersebut dan uploadkan ke server, saya akan berikan urlnya untuk anda ubah di edit html blog anda.

Beberapa hari yang lalu saya juga mengubah skin yang sama menjadi Songket Merah. Untuk melihat skin tersebut sila ke http://muhdfirdauz.blogspot.com. jika berhajat dengan skin tersebut sila download file songket_merah.xml di SINI [Klik Kanan & Save Link As]

Gotong Royong



Pagi ini seisi keluarga ke rumah bapa saudara di Parit Amal membantu mendirikan balai dan kerja-kerja lain secara gotong royong dengan saudara-mara yang lain dan ahli-ahli Pakatan Parit Amal. Kerja yang berat pun jika dilakukan secara gotong-royong akan menjadi mudah. Gotong-royong masih lagi diamalkan disini, waktu beginilah ahli-ahli yang biasanya sibuk dengan urusan seharian dapat berkumpul dan beramah mesra.

Bila dah buat kerja maka semestinya ada makan-makan. Itu adalah lumrah dalam mana-mana aktiviti pun. Hari ini makan soto, kuih koci dan karipap. Nasi dagang pun ada, yelah makcik saya tu berasal dari Kelantan. Kami balik sekitar jam 1.30 tengahari.

Mula Bekerja

Hari ini saya memulakan kerja setelah lebih sebulan bercuti. Pagi ini saya mulakan dengan membuat sample chair head sebanyak dua set, kemudian front leg sebanyak empat set untuk Feng Yuan Industries.

Selepas itu saya membuat dua jenis mould back leg, juga untuk Feng Yuan industries. Kemudian diikuti dengan mould table leg model Leg 14 XL untuk Digital Industries. Akhir sekali membuat sepuluh set sample table support untuk Xiang Yi Industries. Aduh penatnya rasa tak terperi....

Malam ni selepas Maghrib, saya sekeluarga bertolak kerumah bapa saudara di Parit Amal kerana membantu keluarga bapa saudara untuk persiapan majlis mendirikan balai pagi esok dan kerja kahwin anak sulungnya pada hari Sabtu 24hb Mei 2008 nanti. Ramai sanak saudara berkumpul. Berbagai kerja perlu dilakukan seperti membungkus kuih kering dan memasang kotak untuk diisi telur. Kerja begini dilakukan oleh anak-anak perempuan, sementara perempuan dewasa sibuk di dalam rumah, mengemas, membuat kuih dan memasak untuk makan-makan malam ni.

Anak-anak lelaki pula mengemas di luar rumah dan mengangkat kayu api sementara yang lelaki dewasa pula bergotong royong memasak ketupat segera Adabi untuk jamuan semasa angkat balai esok. Saya, duduk-duduk dan makan sahaja. Orang ramai, kerja sikit jadi biarlah yang muda-muda buat.....

Mutiara Kata

"Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri".

Cuci Baju



Pagi ini saya jaga Neesa di rumah, isteri saya membatu biras saya di warung kerana seorang pekerjanya tidak dapat hadir bekerja. Setelah memberi sarapan kepada Neesa dan memberi ubat yang doktor beri semalam, saya masukkan Neesa kedalam buaian. Tak lama kemudian Neesa pun tidur. Kemudian saya memulakan kerja mencuci baju. Ala... bukan susah sangat, semua guna mesin. Sambil tu on juga PC dan internet.

Malam selepas maghrib, saya dan isteri membungkus hadiah untuk guru yang kami beli semalam. Setelah siap isteri saya dan empat anak perempuan pergi ke rumah ibu mentua bersama adik ipar saya. Tinggallah saya bersama dua orang anak lelaki berada di rumah.

Keletah Neesa



Pagi tadi saya dan isteri saya ke pasaraya Astaka, bukan nak membeli belah tapi sekadar nak meninjau-ninjau harga barang di sana. Beli jugaklah beberapa barang termasuklah gelas hiasan dan kad untuk hadiah sempena hari guru. Anak-anak sibuk minta belikan untuk guru kelas masing-masing. Bagus juga anak-anak dah tau menghargai pengorbanan guru.

Balik dari Pasaraya Astaka terus kesekolah untuk menjemput Effa yang berada di kelas pra sekolah. Sampai di rumah edit layout blog menjadi batik dan layan internet sampai tengahari. Petang jam 3.30 pergi pula ke Poliklinik Komuniti Bandar Maharani untuk check up Neesa, kena suntik dan timbang. Neesa yang lahir pada 05hb Disember 2007 dah 6.6 kilogram.

Anak kecil ini baru pandai menyarap dan berpusing-pusing. Seronok melihat keletahnya setiap hari, sayangnya kamera digital saya masih ditangan abang ipar, belum dikembalikan sejak meminjamnya semasa beliau ke Johor Bahru, jadi tak dapat nak ambil gambar anak kecil ini. Nantilah bila kamera dah dipulangkan saya akan masukkan gambar anak kecil ini.

Sakit Kepala



Pagi ni hujan turun dengan lebat sekali, Biasanya saya menghantar anak-anak saya dengan motor sahaja, berulang-ulang hingga empat kali. Sekolah bukan jauh sangat, sekitar 2 km saja. Kerana hujan pagi ini saya menghantar empat orang anak dengan kereta, alahai air cond pulak tak berfungsi. Mungkin gas dah habis walhal baru seminggu saya mengisi gas. Ini bermakna ada kebocoran dan perlukan modal untuk service.

Lepas sarapan pagi tu, saya rasa sakit kepala pulak. Berdenyut-denyut bukan kepalang. Saya sapu minyak cap kapak untuk melegakannya, tak cukup dengan itu saya telan dua biji Panadol. Yelah usia dah meningkat ni kena hujan sikit pun badan dah meragam.

Anak bungsu saya, Neesa juga turut meragam hari ini, asyik menangis tak sudah. Taknak dengan sesiapa pun hanya mahu berdamping dengan ibunya. Bila saya mendukungnya makin kuat dia menangis. Tidur pun sekejab-sekejab saja.

Tayar Bocor




Pagi tadi saya sms seorang rakan yang berada di Kemaman. Saya tanya “Buat apa pepagi ni?” Dia balas “Aduss… malang pagi ni sampai je kat pasaraya tengok tayar kereta tak ada angin langsung, spare tayar pun tak ada angin. ni tengah buka tayarlah ni, cobaaannn…

Satu hal yang teramat penting yang selalu kita abaikan sebagai pengguna kenderaan adalah memeriksa tayar spare. Pernah saya terjumpa seorang mamat mengalami kebocoran tayar, nak buka tak bawa spanar pula. Jadi saya pinjamkan spanar untuk membuka roda keretanya. Bila dah terbuka tayar spare pulak takngam sebab jarak lubang skru tak sama.

Kenapa terjadi demikian? Mungkin sebab beli kereta terpakai dan tak pernah tukar tayar. Apa nak buat jika dah terjadi begitu? Terpaksalah bawa roda yang bocor ke kedai tayar untuk tampal atau ganti. Jadi rumusannya :-

1- Sentiasa pastikan tayar spare dalam keadaan baik.
2- Bila membeli kerata terpakai pastikan lubang skru pada rim spare sama dengan rim yang lain.
3- Pastikan jack dan spanar sentiasa ada dalam boot.

Hikmah Ayat Al-Kursi


Hikmat Ayat Al-Kursi Mengikut Hadis-hadis

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Wassalam,

Sumber: http://nurkasihsirna.multiply.com/journal
Terima kasih dan mohon dihalalkan.....

Beras Oh Beras


Hari ini lepas sembahyang jumaat di masjid Tanjung Emas, Muar, saya bersama dua orang anak lelaki saya terus ke Giant Hypermarket. Hajat nak beli kentang sebab tengah offer. Sekilo kentang import berharga RM0.89 dari 9hb hingga 11hb. Saya beli sebanyak 10 kilogram. Harga biasa di kedai RM 1.90 sekilo. Harga barang di Giant memang mahal kalau tak offer. Saya lebih suka berbelanja di Econ Save.

Petang tu sekitar jam 3.30 petang saya bersama isteri dan 4 orang anak perempuan saya pergi berbelanja di Econ Save. Harga Ikan agak murah tetapi sayuran mahal pulak. Biasanya satu ikat hanya 50 sen tapi hari ini mencecah RM1.50 untuk sawi, kangkong dan bayam. Kenaikkan harga beras pula melebihi 100%. Bulan lepas saya membeli beras Jasmine Super 5, dengan harga RM19.90, hari ini dah jadi RM 43.00.

Dua Pesanan Ringkas

[Pesanan Ringkas 1]
Jika mentari datang memancar terik,
biar aku menjadi payung mu,
Jika ribut datang melanda,
biar aku menjadi pelindung mu,
Jika banjir datang mencurah,
biar aku menjadi sampan mu,
Jika ceti datang meminta hutang,
biar aku lari dahulu...



[Pesanan Ringkas 2]
Awak = Sweet
Awak = Baik Hati
Awak = Pandai
Awak = X lokek
Awak = Sporting
Awak = Kelakar

Saye?

Saye = Tipu Jer!!!

Hikmah Diam

Hari ini saya nak kongsikan satu artikel yang saya dapat dari inbox email saya berkaitan dengan “DIAM” Semoga ianya dapat memberi faedah kepada kita semua.

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam" (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam makan ia terlepas dari bahaya" (Riwayat At-Tarmizi)

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.

Menasihati orang yang bersalah, tidak salah, yang salah ialah memikirkan kesalahan orang lain.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat..."

Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu.

Sumber: Foward Email

Muarmaya Hosting



Hari ini saya nak tolong kawan promosikan satu lagi laman perkhidmatan iaitu muarmaya hosting, sesiapa yang memerlukan perkhidmatan web hosting, bolehlah meninjau-ninjau ke laman ini. Antara perkhidmatan yang diberikan adalah:
1. Khidmat Web Hosting
2. Khidmat Membina Laman Web
3. Khidmat Membina Module PhpNuke
4. Khidmat Pembelian Domain
Jom layan.... http://muarmaya.net

Bersama Keluarga


Pagi ini keluarga saya dan keluarga adik ipar saya dah plan dari semalam untuk bersarapan dirumah mak mentua saya. Malam tadi 2 orang anak perempuan saya Eena dan Eeja dah saya hantar kesana untuk menemani mak mentua saya kerana abang ipar saya sekeluarga pergi ke Johor Bahru asat sebeb menghadiri satu majlis perkahwinan adik kepada seorang teman beliau.

Isteri saya membawa cekodok pisang dan kuih keria yang dibuat sendiri. Sampai dirumah mak mentua saya lihat mak mentua sedang menyiapkan nasi goreng kampung dan apam goreng, adik ipar saya telah sampai terlebih dahulu dan membantu mak di dapur. Seronok juga sesekali berkumpul bersama keluarga.

Selesai bersarapan jam 9.45 pagi, dua orang anak lelaki saya Firdauz dan Fikrie berangkat pulang dahulu kerana mahu menghadiri aktiviti di sekolah. Sekitar jam 11.00 pagi saya balik menumpang kereta biras saya, tinggalah isteri saya bersama tiga anak perempuan saya dan adik ipar saya di rumah mak.