Petola Masak Tumis


Pulang dari kerja perut terasa lapar sangat. Saya jengah ke dapur, cuma ada nasi dalam rice cooker. Saya keluarkan bawang besar, bawang putih, lada merah dan cili padi dari peti ais kemudian mula memotongnya. Kemudian saya potong petola. Saya goreng bahan pertama tadi kemudian selepas naik baunya saya masukkan petola yang telah dipotong tadi dan semangkuk air. saya tambahkan garam secukup rasa, ajinomoto dan separuh kiub ayam maggi. Maka siaplah lauk ekspress pertama saya dalam beberapa minit.

Kemudian saya potong lagi bawang besar, lada merah dan cili padi. Saya masukkan ke dalam satu mangkuk dan pecahkan tiga biji telur, tambahkan sedikit garam dan mula memukulnya dengan garfu. Saya panaskan minyak dalam kuali. Bila dah panas saya masukkan telur yang saya pukul tadi. Dalam beberapa minit siaplah lauk kedua saya berupa telur dadar.

Lepas tu saya pun makan, datang pula Fikrie anak kedua saya dan tumpang sekaki, sedap ayah masak katanya. Bodeklah tu.... Lepas makan saya berehat beberapa ketika dan kemudian mandi dan sembahyang asar.

Kemudian saya sekeluarga ke pekan Parit Bakar untuk membeli pakaian untuk anak-anak perempuan saya. Lepas tu kami singgah di rumah ibu mentua saya dan sembahyang maghrib di sana. Lepas maghrib, kami bertolak ke sebuah kedai runcit di Taman Mawar untuk membeli sedikit barang keperluan. Kemudian kami pun balik.

0 komen: