Beras Oh Beras


Hari ini lepas sembahyang jumaat di masjid Tanjung Emas, Muar, saya bersama dua orang anak lelaki saya terus ke Giant Hypermarket. Hajat nak beli kentang sebab tengah offer. Sekilo kentang import berharga RM0.89 dari 9hb hingga 11hb. Saya beli sebanyak 10 kilogram. Harga biasa di kedai RM 1.90 sekilo. Harga barang di Giant memang mahal kalau tak offer. Saya lebih suka berbelanja di Econ Save.

Petang tu sekitar jam 3.30 petang saya bersama isteri dan 4 orang anak perempuan saya pergi berbelanja di Econ Save. Harga Ikan agak murah tetapi sayuran mahal pulak. Biasanya satu ikat hanya 50 sen tapi hari ini mencecah RM1.50 untuk sawi, kangkong dan bayam. Kenaikkan harga beras pula melebihi 100%. Bulan lepas saya membeli beras Jasmine Super 5, dengan harga RM19.90, hari ini dah jadi RM 43.00.

0 komen: