Tak Keluar Rumah

Hari ini dalam sejarah, saya tak keluar rumah langsung walaupun hari minggu. Pagi tadi pun bangun agak lewat, penat sungguh balik dari rewang semalam. Bangun dah jam 7.30 pagi. Lepas mandi saya mula mencuci baju, sambil tu saya tanak nasi dengan rice cooker. Nasi tu saya goreng untuk sarapan seisi keluarga bersama teh O. Kuih kaswi yang dibawa balik dari rumah bapa saudara semalam saya kukus semula.

Siap cuci baju, memasak dan bersarapan saya mula mengadap pc. Hari ini jumpa blog baru iaitu
Blog Menjerit dan Lepak Borak Gelak. Kedua-dua blog ni memang menarik perhatian saya dari segi layout dan isi. Tahniah untuk pemilik. Dua orang anak lelaki saya keluar kerumah kawan katanya. Anak-anak perempuan hanya bermain di dalam rumah dan keluar sesekali kerumah jiran sebelah menyebelah.

Selepas Zuhur saya tidur sehingga jam 5.30 petang. Entah kenapa badan terasa letih sangat. Mungkin kerana banyak aktiviti diluar sejak beberapa hari yang lalu. Lepas maghrib saya menghadap PC lagi. Saya install DriverMax untuk backup driver dan PhotoScape untuk edit gambar. Janggal jugak sebab benda baru, saya selalu gunakan Macromedia Firework 4 untuk edit gambar.

0 komen: