Jemputan Perkahwinan

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430
"Allah menukar ganti malam dan siang, sesungguhnya pada yang demikian itu satu iktibar yang besar bagi mereka yang mempunyai pengelihatan mata hati." (Surah An-Nur Ayat 44)


Selamat pengantin baru buat Saufi dan pasangannya.

Hari ini saya menghadiri majlis perkahwinan di rumah Ustaz Hamzah di Parit Amal Laut. Anak lelaki Ustaz Hamzah yang bernama Saufi yang melangsungkan perkahwinan. Selepas itu saya juga menghadiri majlis yang sama di Parit Amat di rumah Muhammad Shah.

Selepas itu saya ke Parit Unas membeli pisang kapas untuk dibuat lepat. Dah beli pisang kenalah pula mencari daun pisang. Kalau tak, lepat tu nak dibungkus dengan apa… Maka saya pun ke kebun atuk saya di Parit Amal Laut untuk tujuan tersebut.

Selain untuk lepat pisang, daun pisang juga diperlukan untuk membungkus pulut panggang dan kuih koci. Nak tambah pendapatan kenalah kerja lebih. Buat kuih dan letak kat warung. Selain dari lepat pisang, pulut panggang dan kuih koci isteri saya juga membuat karipap kentang, kuih lompang.

SMS Lagi


Hari ini aku terima satu sms yang agak panjang dari seorang teman, dah hari ini aku nak kongsikan sms tersebut:-


Klu kmu s"org Muslim,
jgn kata "mosque" tp Masjid
krn organisasi Islam menemukn bhw
"mosque"= nyamuk!

Jgn tulis "mecca tp Mekah
krn mecca = rumah anggur/bir.

Jgn dtulis "mohd" tp tulislh dgn lengkap Muhammad
krn "mohd"= anjing brmulut besar!

Jgn tulis "4JJI" tp tulislah ALLAH SWT
krn "4JJI"= For Judas Jesus Isa Al-masih.

Jgn tulis Askum/Akum tp tulislh lengkap Assallamualaikum @ Salam
krn Akum = celakalah kamu

Tlg sebarkan pd Muslim lain semampu anda.

Hamid Tukang Kayu

Semalam saya scan gambar-gambar lama termasuklah gambar sewaktu saya belajar di Perusahaan Hamid Tukang Kayu pada tahun 1981 hingga 1983 dan saya googlekan Hamid Tukang Kayu. Hasilnya aku menemui laman web Hamid Tukang Kayu. Wah dah benar-benar mengikuti peredaran zaman. Dah ada laman web. Saya lebih seronok bila ada link ke Perabut Suzi sebab laman Perabut Suzi & Razaleigh itu saya yang membinanya.


Sedang membuat Set Ruang tamu semasa di Perusahaan Hamid Tukang Kayu

Projek kedua saya membina laman web perniagaan. Saya bina laman Perabut Suzi & Razaleigh tu kira-kira enam tahun dulu dan tiada kemaskini sehingga hari ini kerana saya hanya mengambil upah membinanya sahaja. Urusan lain bergantung kepada Raza Computer.


Bersama Khalid di atas jambatan di hadapan rumah yang disediakan untuk pekerja dan pelatih.

Dari tahun 1981 hingga kini 2008 maknanya kenangan itu dah pun 22 tahun berlalu. Teringat teman-teman yang sama-sama belajar dan bekerja di Perusahaan Hamid Tukang Kayu. Entah dimana mereka sekarang, saya pun dah tak tahu.

Ingat pada Mazlan, Rahman Omar, Hairan Sanip, Wak Malek, Abang Hasssan, Abang Ismail, Abang Ibrahim, Yan, Mahamood, Jaafar, Khalid dan yang lain-lain. Saya pun dah tak ingat nama-nama mereka. Ingat kepada anak-anak Tuan Haji Abd. Hamid iaitu Abang Rahman, Abang Aziz, Rashid Kak Zaleha dan Adik. Saya rasa dah lebih sepuluh tahun saya tak berkunjung ke sana. Entah mereka ingat lagi pada saya entah tidak.


Sedang menyiapkan kepala katil berukir.

Di Perusahaan Hamid Tukang Kayu adalah tempat mula-mula saya mengenal hidup berdikari. Waktu itu saya masih belasan tahun. Berjauhan dari keluarga. Waktu itu hanya elaun RM3.00 sehari yang saya terima. Tempat tinggal disediakan. Masak nasi dan bancuh air di buat secara bergilir-gilir. Lauk pauk dimasak oleh Hajjah Zabedah atau pun Kak Zaleha dan Adik iaitu anak Tuan Haji Abd. Hamid.

Azul bertunang

Hari ini agak kelam kabut di tempat kerja kerana ada barang dan sample serta mould baru perlu disiapkan segera. Dalam keletihan saya pulang dari kerja, saya dapati isteri saya serta anak-anak perempuan belum pulang lagi dari menghantar rombongan pertunangan sepupu isteri saya yang bernama Azul.

Selepas maghrib Isteri saya dah terbaring kepenatan, saya dan Dauz ke Exonsave untuk membeli barang seperti ikan dan sayuran serta beberapa keperluan lain. Pulang dari Exonsave saya terus menyiang ikan dan menggorengnya untuk lauk makan malam bersama dengan taugey masak kuah. Selesai memasak kami sekeluarga makan bersama

Hari ini 13 hb Disember adalah:-
- Hari ulang tahun kelahiran bapa saudara saya, Cik Salleh.
- Hari ulang tahun mak saudara saya, Cik Jam melahirkan anak pertama.
- Hari ini sepupu saya, Azul bertunang.
- Hari ini juga jiran saya, Hairi bertunang.
- Jiran saya, MBJ melangsungkan perkahwinan.

Hari Ulangtahun Neesa

Setahun sudah usia anak bungsu saya Neesa. Hari ini adalah haru ulang tahun kelahirannya. Kami buat majlis kecil-kecilan. Hanya menjemput ibu mentua dan adik beradik sahaja. Walaupun Neesa yang menyambut hari ulangtahun, namun saya sediakan juga hadiah untuk semua anak-anak saya serta dua orang anak saudara saya. Saja buat mereka gembira.

Kek ditaja oleh adik ipar saya, bukan beli tapi buat sendiri. Ibu mentua datang dengan satu beg keropok ikan yang siap digoreng siap dengan sos sekali. Kami sediakan tomyam ayam dan nasi putih berlauk kangkong goreng dan telur dadar bersama minuman air anggur ais. Ada juga kopi O panas.


Tomyam ayam, telur dadar, kangkung goreng ikan masin dan nasi putih.


Kek sponsor buatan adik ipar.


Upacara memotong kek.


Bungkusan hadiah dan hidangan.


Abang ipar bersama isteri dan anak (Hanif).


Buka hadiah….


Gembiranya Fikrie dapat hadiah alat tulis.


Ojan menghulur tukul pet pet untuk Hanif.

Masalah PC

Dah lebih sebulan tak kemaskini blog, banyak sebab sebenarnya. Tapi sebab utamanya adalah kerana PC meragam lagi. Hard Disk Hitachi yang saya beli belum sampai setahun dah rosak. Nak tunggu ganti memakan masa juga. Nak beli baru sayang pulak sebab masih dalam waranti.

Hari ini Tok Long, datuk saudara isteri saya meninggal dunia kerana sakit tua. Isteri saya menghubungi saya kira-kira jam 8.45 pagi ketika saya sedang berkerja. Saya memohon cuti dan pulang pada jam 9.00 pagi. Kami sekeluarga pergi melawat kerumah Tok Long di Parit Amal. Tok Long dikebumikan selepas solat zohor.

Al-Fatihah, Semoga dicucuri rahmat keatas rohnya

Tahniah Untuk Musinah


Nama : MUSINAH BINTI GOSONG
Alamat : Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pelajaran Daerah Ranau, Sabah
Lahir : 20.10.197….
Tempat Lahir: Kg. Napong Ranau Sabah Malaysia
Alamat: Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pelajaran Daerah, 89300 Ranau, Sabah.
Telefon : 088 876808
E-mel : musinah_gosong@yahoo.com.my
Pekerjaan : Pembantu Tadbir
Laman Web: http://fasisbh1-musinah.zoom-a.com/

Tahniah sebab telah berjaya membina laman web berdasarkan teknik Copy/Paste dari laman Famili Azam Dot Com. Cerita Lawak, Teka Teki, Koleksi Bendera, Tips Komputer, Petua Kesihatan, Petua Didapur, Resepi Masakkan, Resepi Minuman, Resepi Kuih Muih Semuanya Copy/Paste!!!

Kemaskini: 12-11-2008
Jawapan dari Musinah dalam shoutbox Ardzham Blog’s

musinah: salam sejahtera Tuan Ardzham. Saya minta maaf kerana website saya adalah copy & paste daripada website tuan.
2008-11-12 11:27 AM

musinah: sebenarnya website ini dibangunkan oleh org lain atas nama saya. Oleh itu bagi pihak individu yang mengupload data tuan, saya
pohon tuan maafkan juga.
2008-11-12 11:32 AM

musinah: saya sedang belajar untuk mengendali website ini atas password saya sendiri dan akan mendelete semua yang berkaitan dengan
website tuan.
2008-11-12 11:34 AM

musinah: mohon maaf banyak2. kepada semua pengunjung website famili azam, tolong maafkan saya. terima kasih
2008-11-12 11:36 AM

Selesai Sudah

Selesai sudah segala urusan sebelum menjelang hari raya. Baju anak-anak dah beli, baju sendiri pun dah beli cuma baju isteri jer belum tau khabarnya sebab kena upah orang jahitkan. Kuih raya dah buat, entah berapa jenis saya pun tak tahu sebab isteri buat kuih tu kat rumah adik ipar. Bila dah siap pun simpan kat sana. kalau bawa balik takut habis sebelum raya, maklumlah rakyatnya ramai kat rumah saya.

Petang tadi selepas asar saya ke masjid Parit Bakar untuk membayar Fitrah. Patutnya ini yang didahulukan, tapi kerana kealphaan maka ia menjadi yang terakhir. Tapi tak apalah asal jangan bayar fitrah selepas solat sunat hari raya dahlah..

Oleh kerana dah saya kata tadi, rakyatnya ramai maka bayar fitrah pun kena juga
RM6.50 X 8 orang = RM52.00 Mudah-mudahan mendapat keberkatan.

SMS/PANTUN RAYA JAWA:

krokedail hunter nyekeli boyo,
endas singo tugu singapuro,
kulo sekeluargo ngucapne selamet dino bodo,
keluputan seng akeh-akeh dingapuro.

godong kupat janur kelopo,
mangan jenang karo silo,
baju royo mu werno opo,
ojo madani langsir kulo.

bajune kuning tudunge ijo,
sarapan gemblong tutule koyo,
seng okeh eleng nyawane anak bojo,
ati-ati nek mandu neng dalan royo.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin Dari Kami Sekeluarga.

Bandwidth familiazam.com

Nampaknya bandwidth di familiazam.com dah kritikal sebab had 10GB transfer bulanan dah hampir sampai ke kemuncak. Kalau macam ni nampaknya terpaksa upgred hosting, ini bermakna kena tambah modal lagi….

CopyScape.com

Dah rasa macam tak ada apa nak buat, jadi saya ke laman copyscape.com meninjau-ninjau lagi kalau-kalau ada bahan copy/paste dan akhirnya saya temui lagi bahan copy paste dari laman Famili Azam Dot Com

Mamat ni baru saja nak mula buat blog guna wordpress, hanya satu post sahaja pada 11 June 2008. Dia copy/paste sebahagian dari http://www.familiazam.com/belajar.htm

Satu lagi post bertarikh 26 April 2008
memang copy/paste dari http://www.familiazam.com/belajar.htm cuma table dan sound dia tak copy sekali

Yang ini ada juga menyatakan sumber dan penghargaan. Kalau macam ni kira oklah

Hai… wajarkah saya mendedahkan semua ini? Ada pendapat, sila hantarkan komen anda.


Re: Bahan Copy/Paste

Hari ini saya terima satu email dari admin 4Finderz.net Berkenaan Article Copy/Paste dari Laman saya yang saya masukkan dalam blog pada 9hb September berkaitan bahan Copy/Paste.

Salam,

Saya salah seorang admin dari 4Finderz.net ingin meminta maaf berhubung article dari blog saudara http://familiazam.com/myblog/?p=216

Kami telah pun berhubung dengan salah seorang ahli 4Finderz yang telah menyalin article saudara supaya letakkan kredit website/blog dari mana article itu di salin. Dan kami akan memastikan setiap article yang disalin akan disusuli dengan kredit website/blog.

Diharap pihak kami dapat bekerjasama dengan saudara.

Terima Kasih,
Freedose

Kemaskini 15 Sept 2008
Ahli sepatutnya sensetif dengan aturan portal dan tidak sewenang-wenangnya copy/paste dari laman lain tanpa meletakkan sumber, tetapi admin juga seharusnya lebih sensetif semasa accept sebarang bahan yang dimuatkan dalam portal mereka. Tak mengapalah Freedose, lain kali kena lebih berhati-hati.

Bahan Copy/Paste

Ada kalanya ketika melayari internet, kita akan terjumpa orang copy/paste bahan dari laman/blog kita. Malah ada yang tak edit langsung. Siap ambil dengan gambar-gambar yang disimpan dalam hosting kita. Ini dah kira curi bandwidth. Lainlah kalau kita guna free hosting seperti photobucket, fotopages dan sebagainya. Dibawah ini adalah sebahagian yang saya jumpa.


Tulisan www.familiazam.com tu pun dia  tak buang, tak perasan kot sebab dalam laman saya tulisan tu sama warna dengan background


Dia copy dengan mutiara kata yang saya letak di bahagian bawah setiap page laman saya. Saya tinggalkan komen di post ini, namun telah dipadamkan

Tiga resepi ini di copy/paste dari laman saya siap dengan gambar sekali.

MAKARONI GORENG BEREMPAH

AYAM BERSOS KACANG

KEPAK AYAM BERSALUT MADU BERBIJAN

Satu Artikel

Saya tinggalkan komen, ada respon positif dari pemiliknya. Artikel ini asalnya saya dapat dalam bentuk cetakkan dari seorang kawan kemudian saya taipkan dan masukkan ke dalam laman web.

Tak kisahlah kalau nak copy/paste pun, tapi sebaiknya letakkan sumbernya. Tulislah url dimana ia diambil. Ada kalanya penat kita menaip orang senang-senang copy/paste jer. Geram jugak rasanya….

Berbuka Puasa Bersama Keluarga

Pagi ini saya bersama isteri dan anak saya Neesa ke Pasar Besar EconSave untuk berbelanja. Cadangnya petang ni nak masak nasi ayam untuk berbuka puasa bersama-sama semua keluarga di rumah mak. Beli ayam dua ekor dan bahan-bahan lain. Pagi ini tak ramai orang di EconSave, senang sikit berbelanja.

Pulang dari EconSave saya berehat di rumah. Isteri saya serta anak-anak perempuan saya bersama adik ipar saya yang tinggal di sebelah rumah kerumah mak untuk memasak dan menyediakan juadah berbuka puasa. Jam 4.30 petang saya memulakan tugas pembersihan di kawasan rumah pangsa.

Sempat jugak bersembang dengan Khairi yang tinggal di rumah nombor 12 tingkat bawah blok B. Saya menyiapkan kerja sehingga jam 6.30 petang. Selepas mandi saya bersama anak sulung saya bertolak kerumah mak dengan motor. Anak lelaki kedua saya tumpang kereta biras saya. Kereta saya isteri saya bawa bersama anak-anak dan adik ipar saya pagi tadi.

Neesa Ceria









Gambar-gambar ceria terbaru Neesa, Semoga ada masa depan yang cerah untuknya.

SMS Ramadhan


Ramadhan datang lagi, seperti biasa ada saja sms ucapan yang saya terima, di bawah ini sebahagian dari sms yang saya terima. Panjang-panjang belaka nampaknya sms tahun ini.

Jika ketenangan dan keredhaanNya yang dicari, Allah akan terus uji hati kita sehingga pasa suatu masa, kita akan rasa indahnya tawakal kepadaNya & itulah nikmat di dalam jagaanNya.” Selamat menyusuri denai pahala…
Selamat berpuasa dari Ayu sekeluarga.
Kiriman: Ayu

Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan
“Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal2 yg berikut:-
“Tidak mmohon maaf terelbih dahulu kpd ke 2 org tuanya (Jika masih ada),
“Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri”,
“Tidak bermaafan terlebih dahulu dgn org2 sekitarnya”.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yg berdoa adalah Malaikat dan yg mengaminkan adalah Rasulullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yg x disengaja mahupun yg disengaja. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan baik. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.
Kiriman: Cikgu Irda

Sekian lama kita terpisah, rindu padamu tiada terkira, ku setia menantimu walau seribu godaan mendatang. Aku tetap merinduimu oh Ramadhan, kini kau datang lagi…. SELAMAT BERPUASA.
Kiriman: Abang Long

Perkataan yang cantik ALLAH,
Lagu yang merdu AZAN,
Novel yang menarik AL-QURAN,
Senaman yang baik SEMBAHYANG,
Dan died yang mujarab PUASA.
“Selamat menjalani ibadah puasa”
Kiriman: Helmi

Ramadhan bulan terbaik mendukung wadah iman, Bukan hanya puasa, malah terlalu banyak amalan dilakukan. Namun perlu diingat, bukan pahala dan syurga dicari, tapi keredhaanNya dan rahmatNya.
“Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dari kami sekeluarga”
Kiriman: Kak Yati

Ramadhan datang lagi setelah setahun berlalu.
Sama-samalah kita menunaikan rukun islam ke dua dengan penuh tenang dan taqwa.
“SELAMAT BERPUASA”
Kiriman: Azman

Tiga Hari


Sabtu, ahad dan isnin saya bercuti. dalam cuti ini saya agak sibuk dengan kerja part time dan sibuk update laman Famili Azam Dot Com. Saya ubah theme agar hampir serupa dengan theme blog ini. Bukan kerja mudah untuk menukar theme laman web html yang mengandungi hampir dari 250 halaman.

Walau pun dah buat semakkan namun bila dah upload ke hosting, ada lagi kesilapan yang saya kesan dan terpaksa baiki semula. Pagi ini selepas bersahur, saya tidak menyambung tidur, sebaliknya terus online dan mendownload movie Big Stan dari i-lebah sambil tu merayap dari satu blog ke satu blog. (Gambar di atas diambil dari i-lebah)


Jam 7.00 pagi saya mula membersihkan kawasan sekitar blok A dan Blok B. Banyak sampah dibuang merata-rata. Puntung rokok, kertas tisu, plastik makanan ringan, cebisan kertasdan sebagainya. Selepas itu saya membersihkan kaki lima blok A bermula dari tingkat 4 hingga ke tingkat bawah.

Kerja Part Time

Hari ini hari minggu, cuti tak bekerja jadi dari pagi lagi saya menghadap PC. Dah tak ada apa nak buat, saya edit laman web Famili Azam Dot Com. Jam 12.00 tengahari saya menyapu sampah di kaki lima blok A dan Blok B bersama isteri saya. Ini adalah kerja part time yang saya buat untuk mencari pendapatan sampingan. Tugas saya memastikan kawasan perumahan rumah pangsa sentiasa dalam keadaan bersih. Ini termasuklah mengutip sampah, menyapu kaki lima dan tangga, longkang serta membaca meter air setiap 5 haribulan.

Macam mudah jer, tapi kerja-kerja ini memerlukan kesabaran juga sebab bukan semua orang berdisiplin. Ada juga yang sengaja membuang sampah merata-rata. Kertas tisu dan puntung rokok selalu bersepah di sana-sini. Petang sapu, pagi esok dah ada sampah lagi….

Petang ini saya membawa keluarga saya ke Tanjung Emas, ada expo disana. Saja datang nak melihat-lihat saja, cuma membeli sepasang kasut untuk anak saya Neena. expo ini akan berlangsung sehingga 31 hb Ogos nanti.

Baiki Motorsikal


Sekitar jam 8.30 pagi saya maklumkan kepada pejabat tempat saya bekerja saya cuti kecemasan hari ini. Pagi ini cadangannya nak membaiki motosikal, akan tetapi hujan turun dengan lebat sehingga kira-kira jam 11.00 pagi. Dalam hujan masih gerimis, saya membawa motosikal ke kedai motor untuk dibaiki. Ganti Mud Guard depan, cover kiri kanan Mud Guard, penarik brek depan dan cover putih. Kos keseluruhan RM86.00

Saya maklumkan kepada En. Zainuddin melalui sms, beliau meminta saya menunggu beliau di hadapan bangunan Majlis Perbandaran Muar jam 2.45 petang untuk menyerahkan resit bayaran dan beliau akan membayar kos tersebut.

Jam 2.45 petang hujan masih rintik-rintik, saya ke bandar untuk menemui beliau di tempat yang dijanjikan dengan menaiki kereta, tiga kali juga saya berpusing-pusing untuk mencari parking lot yang kosong. Akhirnya dapat juga beberapa meter dari bangunan Majlis Perbandaran. Beliau tiba dan menyerahkan RM100.00 kepada saya, “lebihnya tu kira beri sajalah” katanya. Syukur, mudah-mudahan bertambah rezeki En. Zainuddin.

Malang Tak Berbau


Pulang dari kerja, saya menyapu sampah di halaman rumah kemudian barulah saya mandi dan solat asar. Selepas maghrib saya buka PC dan online untuk menyelesaikan satu tugasan membina laman web peribadi dan mengajar sedikit sebanyak kepada pemilik bagaimana cara untuk edit kemaskini. Anak saya ke pasar lambak yang hanya terletak sekitar satu kilometer dari rumah menaiki motosikal. Hendak membeli ayam goreng katanya.


Tak lama kemudian saya terima panggilan dari jiran saya mengatakan anak saya kemalangan dan meminta saya segera ketempat kejadian. Mujurlah anak saya hanya lebam-lebam saja. Kejadian berlaku apabila sebuah Honda Stream keluar dari simpang tiga tanpa perasan kehadiran anak saya yang berada di jalan besar. Mungkin anak saya terlalu hampir mengekori sebuah van yang akhirnya membelok kekiri di persimpangan tersebut.

Pemandu Honda Stream tersebut bernama En. Zainuddin, setelah berbincang dengan beliau, saya membawa anak saya ke klnik dan En. Zainuddin berjanji untuk menanggung kos membaiki motosikal saya dan meminta maaf berkali-kali kerana kejadian yang berlaku.

Terima Bungkusan

Hari ini pulang dari kerja, isteri saya beritahu ada kiriman bungkusan yang dihantar oleh kakitangan Poslaju. Anak-anak saya mengira ianya adalah hadiah harijadi saya. Sebenarnya ia adalah kiriman dari Boss tttcomputer.com iaitu Abang Bidan.

Isinya ialah satu SDRAM 512MB, sebuah CPU intel celeron dan CPU pentium 3, 935MHz. Ram tu memang saya pesan, dua buah CPU tu kira hadiah dari Abang Bidan. Katanya CPU tu dah nak masuk muzium jadi bagi percuma saja pada saya. terima kasih Bang Bidan.

Ram saya yang asal ialah 128MB dan 256MB. Bila saya pasang 512MB dan 256MB, Pc hanya dapat baca 512MB saja, Tukar sana, tukar sini pun sama jugak. Rasanya mother board saya cuma support sehingga 512 MB saja.

CPU saya tak pasang lagi sebab belum beli Thermal Paste, Nanti-nanti sajalah bila ada banyak waktu terluang baru saya pasang. Upgred sikit jer dari 868MHz kepada 935MHz adalah lebih 67MHz
 

19 Ogos Datang Lagi

Tanggal 19 Ogos datang lagi. Maka bertambah setahun usia saya. Tahun ini tiada sambutan yang akan saya buat sempena ulangtahun kelahiran. Hanya doa saya pada Ilahi agar kehidupan saya sekeluarga sentiasa beroleh keredhaanNya. Dimurahkan rezeki, sentiasa sihat dan dijauhkan dari sebarang malapetaka dan perkara-perkara yang tidak diigini.

Pagi-pagi lagi dah terima ucapan selamat hari jadi dari isteri dan anak-anak. Namun kena pergi kerja juga, tak boleh nak cuti. Dua sms saya terima hari ini…

SMS 1
In this wonderfull and special day let SENHENG be patr of your friends to wish you a very happy and enjoyble birthday. From: SENHENG

SMS 2
Ayu ucapkan selmat hari lahir buat pakcik, Moga pjg umur, mrh rzki & broleh kebahagiian dlm hidup. Dari: Ayusweetie

Hotlink pula beri panggilan percuma ke semua nombor maxis/hotlink untuk hari ini. Sebagai hadiah hari jadi untuk saya. Terima kasih…

Buat Sample

Hari ini saya bekerja seperti biasa, ada SAMPLE yang perlu saya siapkan segera. Chair Head model 28 dari LF Furniture. Agak lambat juga saya nak siapkan kerana design agak susah dan perlukan mould untuk membuatnya. maka saya terpaksa menyiapkan lima buah mould bersama sample tersebut. Nasib baik siap sebelum waktu pulang.

Pulang dari kerja saya menyapu sampah di halaman rumah.  Selepas maghrib kami sekeluarga ke Exonsave untuk berbelanja. Bukan berbelanja besar, tapi sekadar membeli keperluan dapur seperti ikan, sayuran, telur dan sebagainya.

Bulan Kemerdekaan

Bulan ogos adalah bulan kemerdekaan, tak payah cerita semua orang tahu…. Marilah kita kibarkan jalur gemilang dan hayati semangat kemerdekaan itu.

Cuti Kosong

Hari ini saya cuti kosong sebab menghadiri mesyuarat akta bangunan dan harta bersama kali ke dua di kawasan perumahan saya. Selain dari itu saya mengambil kesempatan cuti ini untuk menyelesaikan bayaran cukai pintu, bil indah water, bil elektrik dan ke Bank Rakyat untuk menebus rantai emas yang saya gadaikan semasa  awal tahun untuk membiayai yuran dan buku-buku anak sekolah.

Petangnya saya membantu membetulkan laman peribadi sesaorang yang saya baru kenali melalui internet. Beliau telah membina satu laman peribadi, tetapi kerana kurang pengetahuan, maka bertabur fail dia. Bila di upload ke server semua image tak keluar sebab berada dalam folder lain dan sebahagiannya invalid file name.

Image juga besar-besar malah ada yang sebesar lebih 2000 pixel. Dulu semasa saya mula-mula membina laman web pun saya buat begitu, maklumlah masih kurang pengetahuan. Sekarang bukan nak kata dah pandai tapi teknologi semakin berkembang banyak perkara juga yang saya masih tak tahu.

Bertukar Hosting

Sayang nak tinggalkan blogspot, apatah lagi saya dah setkan theme blogsopt ini dengan theme Famili Azam Dot Com. Tapi bila dah beli hosting, rugilah kalau tak guna betul-betul. Bila pindah maka hanya ada tiga pilihan iaitu b2evolution, Nucleus dan WordPress.

Maka saya memilih untuk menggunakan WordPress kerana saya tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang b2evolution dan Nucleus. Mulai hari ini blog saya bertukar url, namun saya nak kekalkan blog di blogspot ini untuk kenang-kenangan. Blog pertama saya di blogdrive juga masih saya kekalkan.

Jom ke blog baru saya di http://familiazam.com/myblog
Setting pun tak siap lagi dah promo pulak.....
Apa-apa ajalah..

Account Suspended

Baru dua minggu tak online, laman Famili Azam Dot Com pulak suspended. Oleh kerana saya bernaung di bawah Raza Computer (razc.org) maka apa saja berita terkini dari hive.com.my tidak sampai kepada saya. Segala maklumat akan sampai kepada Boss Raza Computer. Saya sms Boss Raza Computer tapi tiada respon. Mungkin dah lama sangat bernaung secara percuma, maka saya mengambil langkah drastik dengan membeli hosting sendiri dengan muarmaya.net

Dua Minggu Sepi

Dah dua minggu saya menyepi dari sebarang aktiviti internet. Bukan kerana sibuk tapi kerana PC meragam lagi. Malam ahad minggu dua lepas Nuurie datang kerumah kerana menghantar CD Norton Ghost 14, Saya ingatkan nak buat recovery sebab Norton Save & Restore 12 yang saya guna bermasalah dan tak dapat digunakan lagi.

Sewaktu Nuurie sampai, saya sedang melayari blog, tetiba PC hang, saya reset dan keluar rumah berjumpa Nuurie. Lepas tu PC saya jadi gelap tiada display di monitor. Macam-macam dah saya buat, cabut RAM, ubah RAM, Reset Bios dan macam-macam lagi tapi saya tak berjaya untuk menghidupkan semula PC saya. Kecewa betul rasanya. Maka hujung bulan pulak tu, duit kat poket semakin menipis, jadi terpaksa tangguhkan dulu untuk hantar PC servis ke kedai.

Semalam saya hantar PC saya ke PC World di Bentayan. Juruteknik kedai tu kata mungkin mainboard saya rosak, apa pun dia akan periksa dulu. Petang tadi saya dapat panggilan dari pC World mengatakan PC saya dah siap. Tak ada sebarang hardware yang rosak, cuma kena upah servis sebanyak RM15.00 sahaja. Lega rasanya....



Oleh kerana kos baikpulih PC saya cuma RM15.00, maka saya membeli satu x-slim multimedia keyboard baru model KL-7MU berharga RM45.00

Laman Famili Azam Dot Com pun bermasalah, entah apa hive.com.my buat memindahkan file saya pun tak tau. Boss Raza Computer pun tak bagitau apa-apa. Dah dua kali saya kena tukar DNS laman FADC sejak bernaung di bawah hive.com.my Sekali tu kena hack keseluruhan file index dalam server hive bertukar gambar tengkorak. Entahler jang.....

Rezeki Pemberian Ilahi


Pagi ini saya dua kali menghantar anak ke sekolah dengan motosikal. Pertama menghantar Neeza dan keduanya menghantar Neena dan Effa. Lepas tu dengan membawa gelen saya ke bandar untuk membeli petrol sebanyak RM15.00 untuk kegunaan kereta.

Oleh kerana ada barang yang perlu disegerakan, saya diarahkan untuk overtime hari ini. Rasanya dah hampir setahun saya tak pernah overtime. Kalau dapat overtime seminggu tiga kali tentu pendapatan saya bertambah, akan tetapi apa nak buat dah terlalu ramai pekerja asing di tempat saya bekerja, maka hanya pekerja asing dan orang-orang tertentu dibenarkan overtime.

Pulang dari kerja jam 9.00 malam dalam kepenatan saya singgah mengisi petrol motosikal di sebuah stesyen Mobil. Saya bayar RM5.00 tapi dapat isi penuh. Mungkin penjaga kaunter tersilap, dah rezeki Tuhan nak beri agaknya berkat doa saya hari-hari. Dapat overtime pun satu rezeki juga.

Hujan Lebat Di awal Pagi


Pagi ini hujan lebat, saya menghantar anak-anak kesekolah agak lewat. Biasanya sebelum jam 7.00 pagi dah sampai ke sekolah, tapi hari ini jam 7.00 pagi masih berada di rumah. Bila hari hujan, anak-anak pun liat nak bangun.

Jam 7.30 pagi hujan dah reda, saya pergi kerja dengan motorsikal saja. Jimat sikit petrol. Hari ini Zahar masuk lambat. Jam 10.00 pagi baru muncul. Terasa sangat letih badan saya hari ini kerana banyak kerja yang harus disiapkan segera.

Malam ini saya kunjungi Blog Lepak Borak Gelak, kebetulan pemilik blog Eriyza Qistina sedang online. Maka buat kali pertamanya dapat saya chatting dengannya. Tak lama kemudian pc saya restart sendiri. Entah mengapa PC ni selalu meragam. Mungkin kerana banyak tangan yang menggunakannya....

Net pulak sangat lembab, nak cerate post pun terpaksa menunggu berlama-lama. Bosan betul. Nak masukkan gambar pun tak boleh. Dah berhari-hari 512KB jadi begini, Nak kena upgred ke 1GB kot!

Update Laman SKBM

Malam ini saya update sikit laman SK Bandar Maharani. Saya tambahkan menu Motivasi untuk tatapan pengunjung. Saja je saya tambahkan sebab tangan rasa gatal tak ada apa nak buat....

Tadi Nuurie call, tanyakan mana nak cari durian murah, saya rekmen kat Apek Panjang. Dia beli 18 kilogram durian D24 dengan harga RM2.00 sekilogram. Mabuk durianlah dia malam ni.

Beli Durian


Pulang dari kerja, saya bersiap untuk ke EconSave untuk berbelanja. Saya pergi bersama isteri dan 4 orang anak perempuan. Bukan berbelanja besar, hanya sekadar membeli barang-barang keperluan dapur.

Selepas maghrib saya bersama anak ke dua saya ke Parit Jawa. Tujuannya adalah untuk membeli durian di rumah Apek Panjang. Oleh kerana saya tidak tahu lokasi rumah Apek Panjang, maka saya meminta Zahar tolong tunjukkan.

Apek Panjang adalah bekas rakan sekerja. Telah berhenti kerja akhir bulan Jun 2008 dan berpindah Ke Taman Seroja, Parit Jawa. Sebelumnya tinggal di Parit Unas. Beli durian dengan Apek Panjang dapat harga kebun. Baru RM1.00 sekilogram, kalau beli di pasaran harga RM3.00 sekilogram

Cuci Motor dan Mesyuarat


Pagi ini saya tak ada sebarang aktiviti terancang, jadi saya ambil kesempatan ini untuk mencuci motosikal yang dah lama tak dibersihkan. Sambil itu saya periksa juga sedikit sebanyak yang termampu. Oh rupanya kabel minyak ke pam 2T terbelit, nasib baik tak putus. Patutlah kuat sangat motor ni mencekik 2T.

Minyak fork depan pun dah meleleh. Nampaknya kena tukar sekali batang stanstion sebab dah bercalar, walhal belum setahun saya menukarnya. Isi air betri yang dah tinggal 1/4. Ingatkan nak cuci kereta sekali tetapi rasa malas pulak. Penat jugak cuci motor ni.

Selepas siap cuci motor saya dan isteri pergi ke Pasaraya Econsave untuk berbelanja. Huh! ramainya orang berbelanja hari minggu ni. Saya hanya membeli ayam, sayuran, bawang putih, roti dan beberapa keperluan dapur yang lain.


Malamnya jam 8.30 saya menghadiri mesyuarat persatuan penduduk taman dimana saya tinggal untuk membincangkan beberapa hal berkaitan keselamatan dan sebagainya.

Jumpa Rakan Cyber

Selepas maghrib saya On YM tetapi step out, anak saya yang mengadap sedangkan saya buat kerja lain. Kemudian anak saya beritahu ada sesaorang dalam contact list saya send instant massage.
Oh... si Helmi rupanya. Katanya dah ada di Muar. sedang online di sebuah cybercafe di Tanjung Agas berdepan dengan Sekolah Menengah Sains.

Saya kenal Helmi pun baru lagi, sekitar dua minggu rasanya. Dia berasal dari Terengganu dan sekarang bekerja sementara dan tinggal di Putera Jaya. Dia ke Muar kerana mengikut rakan sekerjanya balik kampung di Bakri, Muar. Nak ajak jumpa katanya....

Tempat pertemuan diaturkan di tingkat bawah Wetex Prade di hadapan Watson. Helmi datang bersama rakan sekerjanya dan dua orang lagi rakan lain. Kami ke Medan selera untuk minum-minum dan bersembang.....

Sony Ericsson K310i


Pulang dari kerja saya temankan Zahar kerumah Ah Wee untuk mengambil handphone sony ericsson K310i bersama charger dan kotak sekali. Zahar beli dari Ah Wee dengan harga RM150. Saya dapat jugak "free gift" berupa beg handphone. Sebenarnya saya minta dari Ah Wee, saya kata beri saja pada saya sebab dia dah nak tukar samsung, nanti mintak free gift kat kedai telefon.

Sebelum maghrib saya kebandar bersama anak saya Neena dan Effa, Neena minta saya belikan track shuit, manakala Effa pula meminta kasut sekolah kerana kasutnya hilang sebelah. Mungkin di gonggong anjing entah kemana.

Selepas maghrib saya ke Econ Save untuk membeli barang keperluan. Tak banyak yang saya beli hanya keledek untuk dibuat kuih keria, kentang untuk inti karipap, sawi, taugey, ikan kembung dan ikan bilis untuk lauk malam ni.

Ke PC World


Pulang dari kerja, saya terus mandi, solat dan makan. Saya telah berjanji dengan Nuurie untuk menemaninya menghantar komputernya yang mengalami masalah terlalu lambat loading window walaupun telah dua kali diformat.

Sekitar jam 6.00, Nuurie datang kerumah saya. Tayar kereta sebelah kiri/depan kekurangan angin walhal baru beberapa hari dipam. Bila diperiksa rupanya sebatang paku telah terpacak menembusi tayarnya. Saya cadangkan untuk menampalnya di kedai tayar. Selepas itu kami ke kedai komputer PC World yang terletak di Bentayan.

Sampai di PC World komputer Nuurie terus dipasang. Pelik jugak bila pasang tak ada apa-apa masalah. Cuba restart beberapa kali pun tak ada masalah jugak walhal sebelum ini dah macam-macam usaha dibuat tapi buntu dalam mencari penyelesaian. Akhirnya Nuurie membeli optical mouse dan RAM Kingston 1GB.

Selepas itu kami ke Wetex Prade berjumpa dengan Zaki. Sembang-sembang sekejab dah masuk waktu maghrib. Kami bersembahyang maghrib di surau india muslim berhampiran Dewan Jubli Intan kemudian ke warung Mak Antoi untuk makan malam.

Pulang kerumah saya baring-baring dan terus tertidur dan sedar sekitar jam 10.25malam bila Nuurie telefon dan mengatakan komputernya tiada masalah bila dipasang dirumah. Dah bangun, apa lagi onlinelah....

Kaspersky, Anvira, AVG & Avast


Alamak kaspersky pulak buat hal, inilah risikonya guna softwaere crack. Saya download Anvira, bila dah install tak boleh update pulak. Cuba AVG pula, masalah timbul juga semasa install. Mungkin exe tu corupt. Jalan terakhir download Avast Home 4.8 Home Version. Asal ada bolehlah tu...

Cuti Setengah Hari

Hari ini saya minta cuti setengah hari dari Boss, ada beberapa hal yang perlu saya selesaikan. Mula-mula saya berurusan di Bank Rakyat, kemudian saya ke pejabat KWSP untuk menyemak penyata, kemudian saya ke Maybank untuk menyemak baki pinjaman perumahan saya sebab tak mendapat penyata.


Saya diberitahu oleh pegawai bank, ramai pelanggan tidak mendapat penyata pada tahun ini. Entah apa sebabnya saya tak bertanya pula. Baki pinjaman saya ada sekitar RM18 ribu dan saya telah terlebih bayar selama 48 bulan sebab tahun lepas saya telah mengeluarkan wang dari KWSP untuk membayar pinjaman perumahan. Interest sebulan sekitar RM130.00

Selepas saya ke MayBank saya ke pejabat peguam pula atas urusan berkaitan rumah juga. Pihak peguam berjanji akan hubungi saya bila tiba masanya nanti. Selepas itu saya ke kedai motor untuk membeli minyak 2T yang dah rizab sejak dua hari lepas kemudian saya pulang dan menghantar anak saya Neena ke sekolah agama serta menjemput Neeza dari sekolah yang sama.

Cuci Kereta


Pagi ni saya cuci kereta, dua orang anak perempuan saya Neena dan Neeza turut menyibuk. Suka sangat mandi air pancut. Dah lama benar rasanya tak cuci, lepas cuci dan lap saya polish sekali. Barulah nampak berkilat sikit kereta tu, kalau tak dah macam barang antik.

Lepas cuci kereta saya bantu isteri di dapur. Siang ikan bawal cermin, kopek dan potong bawang dan nenas, potong lada. Hari ini isteri saya masak paceri nenas bersama ikan bawal cermin goreng.

Kemudian kopek dan potong keladi buat pengat. sementara menunggu semuanya siap, saya baring-baring redakan kepenatan. Bila dah siap kami sekeluarga makan tengahari bersama. Petangnya kami ke rumah mak, saja nak berkunjung dan nak ambil kelapa parut untuk dibuat serunding.