Berbuka Puasa Bersama Keluarga

Pagi ini saya bersama isteri dan anak saya Neesa ke Pasar Besar EconSave untuk berbelanja. Cadangnya petang ni nak masak nasi ayam untuk berbuka puasa bersama-sama semua keluarga di rumah mak. Beli ayam dua ekor dan bahan-bahan lain. Pagi ini tak ramai orang di EconSave, senang sikit berbelanja.

Pulang dari EconSave saya berehat di rumah. Isteri saya serta anak-anak perempuan saya bersama adik ipar saya yang tinggal di sebelah rumah kerumah mak untuk memasak dan menyediakan juadah berbuka puasa. Jam 4.30 petang saya memulakan tugas pembersihan di kawasan rumah pangsa.

Sempat jugak bersembang dengan Khairi yang tinggal di rumah nombor 12 tingkat bawah blok B. Saya menyiapkan kerja sehingga jam 6.30 petang. Selepas mandi saya bersama anak sulung saya bertolak kerumah mak dengan motor. Anak lelaki kedua saya tumpang kereta biras saya. Kereta saya isteri saya bawa bersama anak-anak dan adik ipar saya pagi tadi.

0 komen: