Ke PC World


Pulang dari kerja, saya terus mandi, solat dan makan. Saya telah berjanji dengan Nuurie untuk menemaninya menghantar komputernya yang mengalami masalah terlalu lambat loading window walaupun telah dua kali diformat.

Sekitar jam 6.00, Nuurie datang kerumah saya. Tayar kereta sebelah kiri/depan kekurangan angin walhal baru beberapa hari dipam. Bila diperiksa rupanya sebatang paku telah terpacak menembusi tayarnya. Saya cadangkan untuk menampalnya di kedai tayar. Selepas itu kami ke kedai komputer PC World yang terletak di Bentayan.

Sampai di PC World komputer Nuurie terus dipasang. Pelik jugak bila pasang tak ada apa-apa masalah. Cuba restart beberapa kali pun tak ada masalah jugak walhal sebelum ini dah macam-macam usaha dibuat tapi buntu dalam mencari penyelesaian. Akhirnya Nuurie membeli optical mouse dan RAM Kingston 1GB.

Selepas itu kami ke Wetex Prade berjumpa dengan Zaki. Sembang-sembang sekejab dah masuk waktu maghrib. Kami bersembahyang maghrib di surau india muslim berhampiran Dewan Jubli Intan kemudian ke warung Mak Antoi untuk makan malam.

Pulang kerumah saya baring-baring dan terus tertidur dan sedar sekitar jam 10.25malam bila Nuurie telefon dan mengatakan komputernya tiada masalah bila dipasang dirumah. Dah bangun, apa lagi onlinelah....

0 komen: