Cuci Motor dan Mesyuarat


Pagi ini saya tak ada sebarang aktiviti terancang, jadi saya ambil kesempatan ini untuk mencuci motosikal yang dah lama tak dibersihkan. Sambil itu saya periksa juga sedikit sebanyak yang termampu. Oh rupanya kabel minyak ke pam 2T terbelit, nasib baik tak putus. Patutlah kuat sangat motor ni mencekik 2T.

Minyak fork depan pun dah meleleh. Nampaknya kena tukar sekali batang stanstion sebab dah bercalar, walhal belum setahun saya menukarnya. Isi air betri yang dah tinggal 1/4. Ingatkan nak cuci kereta sekali tetapi rasa malas pulak. Penat jugak cuci motor ni.

Selepas siap cuci motor saya dan isteri pergi ke Pasaraya Econsave untuk berbelanja. Huh! ramainya orang berbelanja hari minggu ni. Saya hanya membeli ayam, sayuran, bawang putih, roti dan beberapa keperluan dapur yang lain.


Malamnya jam 8.30 saya menghadiri mesyuarat persatuan penduduk taman dimana saya tinggal untuk membincangkan beberapa hal berkaitan keselamatan dan sebagainya.

0 komen: