Malang Tak Berbau


Pulang dari kerja, saya menyapu sampah di halaman rumah kemudian barulah saya mandi dan solat asar. Selepas maghrib saya buka PC dan online untuk menyelesaikan satu tugasan membina laman web peribadi dan mengajar sedikit sebanyak kepada pemilik bagaimana cara untuk edit kemaskini. Anak saya ke pasar lambak yang hanya terletak sekitar satu kilometer dari rumah menaiki motosikal. Hendak membeli ayam goreng katanya.


Tak lama kemudian saya terima panggilan dari jiran saya mengatakan anak saya kemalangan dan meminta saya segera ketempat kejadian. Mujurlah anak saya hanya lebam-lebam saja. Kejadian berlaku apabila sebuah Honda Stream keluar dari simpang tiga tanpa perasan kehadiran anak saya yang berada di jalan besar. Mungkin anak saya terlalu hampir mengekori sebuah van yang akhirnya membelok kekiri di persimpangan tersebut.

Pemandu Honda Stream tersebut bernama En. Zainuddin, setelah berbincang dengan beliau, saya membawa anak saya ke klnik dan En. Zainuddin berjanji untuk menanggung kos membaiki motosikal saya dan meminta maaf berkali-kali kerana kejadian yang berlaku.

0 komen: