Kerja Part Time

Hari ini hari minggu, cuti tak bekerja jadi dari pagi lagi saya menghadap PC. Dah tak ada apa nak buat, saya edit laman web Famili Azam Dot Com. Jam 12.00 tengahari saya menyapu sampah di kaki lima blok A dan Blok B bersama isteri saya. Ini adalah kerja part time yang saya buat untuk mencari pendapatan sampingan. Tugas saya memastikan kawasan perumahan rumah pangsa sentiasa dalam keadaan bersih. Ini termasuklah mengutip sampah, menyapu kaki lima dan tangga, longkang serta membaca meter air setiap 5 haribulan.

Macam mudah jer, tapi kerja-kerja ini memerlukan kesabaran juga sebab bukan semua orang berdisiplin. Ada juga yang sengaja membuang sampah merata-rata. Kertas tisu dan puntung rokok selalu bersepah di sana-sini. Petang sapu, pagi esok dah ada sampah lagi….

Petang ini saya membawa keluarga saya ke Tanjung Emas, ada expo disana. Saja datang nak melihat-lihat saja, cuma membeli sepasang kasut untuk anak saya Neena. expo ini akan berlangsung sehingga 31 hb Ogos nanti.

0 komen: