Surat Ugutan

Hari ini saya terima surat satu ugutan, ianya agak mengecewakan saya sebab setiap bulan gaji saya dipotong untuk membayar kepada pihak ini. malahan majikan saya juga turut membayar kepada pihak ini. Namun pihak ini selalu begini....

Surat bertarikh pada 26hb Mei 2008 mengugut jika tidak menerima jawapan dalam tempoh dua minggu, tindakkan menutup fail akan diambil. Ini bermakna tuntutan saya terhadap pampasan atas kemalangan yang menimpa saya pada 7 hb April 2008 akan terbatal jika saya tidak memberi jawapan dalam masa dua minggu.

Pihak ini meminta: Sila jelaskan masa kemalangan berlaku ( bahagian 3b borang 21). Proses tuntutan hanya akan diproses jika kesemua butir-butir yang diperlukan diterima. Dua minggu lepas pun seorang kawan saya menerima ugutan yang sama kerana cetakkan kedatangan di punch card tidak jelas.

Siapakah pihak yang mengugut saya? Jawapannya ada di bawah.

Mengapa mesti mengugut, adakah telah tiada ayat lain yang lebih baik selain ayat ugutan itu?

0 komen: