Solat hajat & tahlil

Hari ini diberi cuti kosong lagi. Kalau begini keadaannya bakal terjejas ekonomi keluarga bulan depan. Sehingga hari ini, gaji bulan lepas pun tak keluar lagi. Nasib baik ada pendapatan sampingan. Kalau tidak sukar juga nak meneruskan kehidupan.

Pagi ini saya bersama isteri ke pasar Besar Exon Save untuk berbelanja barang-barang keperluan harian terutamanya barang-barang dapur seperti ikan, sayuran, gula, teh dan sebagainya. Kenalah berjimat sikit, beli hanya yang benar-benar perlu sahaja.

Malamnya pula jam 7.00 saya bersama anak saya Fikrie dan Neena ke surau Hj. Mahadi untuk majlis solat hajat untuk memohon kepada Allah agar anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan september nanti beroleh kecemerlangan. Anak saya Neena adalah salah seorang calun yang akan menduduki peperiksaan UPSR.



Acara bermula dengan solat maghrib, diikuti dengan solat hajat kemudian bacaan Yassin dan tahlil, solat isyak kemudian ucapan penutup oleh Tuan Haji Hamin Bin Lahuri selaku Guru Besar Sekolah dimana anak saya belajar. Majlis seperti ini memang dijalankan setiap tahun dan mendapat kerjasama penuh dari AJK dan kariah surau Hj. Mahadi.

0 komen: