Balik kampung


Jerebu agak tebal di sekitar Sungai Balang


Pintu gerbang Hentian Mahkota


Anak-anak mengambil kesematan bermain di taman permainan


Jeti nelayan yang terdapat di kawasan Hentian Mahkota

Sempena cuti tahun baru cina, saya mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung asal saya di Rengit. Mengunjungi saudara mara dan ibu tersayang. Namun tidak dapat berada lama di kampung kerana Neena yang berada di tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada september ini ada kelas tambahan pada isnin, selasa dan rabu nanti.

Dalam perjalanan pulang jerebu agak tebal di sekitar Sungai Balang, Saya singgah sebentar di Hentian Mahkota di Parit Simin, Batu Pahat. Anak-anak mengambil peluang bermain di taman permainan.

Sampai di kampung sekitar jam 11.00 pagi. Selepas Zohor saya ke Kampung Bagan untuk mengunjungi 2 rumah mak saudara saya dan rumah sepupu saya. Petang itu juga sempat ke pasar malam di Sri Merlong. Malamnya saya ke Parit Betak bersama sepupu saya yang bernama Perian.

Perian adalah OKU dari masa kelahiran, sekarang dah berusia 46 tahun. Sukar untuk bergerak kerana kecacatan pada kedua belah kakinya. Saya dan Perian ke Parit betak untuk membeli SIM Card Hotlink untuk kegunaan beliau serta beberapa barang keperluan beliau. Sesekali saya balik kampung maka inilah kesempatan yang ada untuk Perian meminta saya menghantar beliau mencari barang keperluan. Selalunya beliau hanya mengirim barang dari mak saudara saya dan sepupu yang lain.

0 komen: