Aku janji

Pagi ini saya bangun lebih awal daripada biasa, setelah mandi saya kejutkan anak-anak agar cepat mandi dan bersiap ke sekolah. Dauz dan Fikrie ke sekolah menaiki basikal, manakala Neena, Neeza dan Effa saya hantar kerana mereka masih berada di sekolah rendah.

Setelah menghantar anak-anak ke sekolah, saya pulang kerumah dan bersiap ke hospital untuk menghantar barang keperluan isteri saya dan anak saya Neesa. dari hospital saya kembali semula kerumah. Sampai dirumah saya membasuh pakaian, memasak dan mengemas rumah.

Masa seperti terlalu cepat berlalu, kerja-kerja saya siap kira-kira jam 12.30 tengahari, saya rehat sebentar sambil menunggu jam 1.30 tengahari untuk menjemput anak-anak dari sekolah. Setelah menjemput anak-anak, kami ke hospital untuk melawat Neesa.

Petangnya pula kira-kira jam 5.30 petang kami ke hospital lagi untuk menjemput anak dan isteri saya yang telah dibenarkan keluar wad. Malamnya pula saya menghadiri majlis taklimat khas UPSR 2009 dan Aku janji 5A UPSR 2009 yang diadakan di sekolah tempat anak saya belajar. Tahun ini Neena akan menghadapi peperiksaan UPSR.

0 komen: