Sakit Telinga

Hari ini kira-kira jam 11.00 pagi anak saya Fikrie telefon dari sekolah, dia menyatakan sakit telinga kiri dan meminta saya menjemputnya di sekolah. Saya minta isteri saya menjemputnya sekali dengan anak ke lima saya yang bersekolah di kelas pra sekolah. Selepas berehat seketika saya menghantar Fikrie ke Poliklinik Kominiti Bandar Maharani untuk pemeriksaan doktor.

Saya sampai ke Poliklinik jam 12.54 tengahari dan mendapat nombor giliran 1231. Pemeriksaan sedang dijalankan untuk nombor 1205, ini bermakna kena menunggu seramai 26 orang lagi. Nombor 1231 dipanggil pada jam 2.55 petang setelah dua jam satu minit menunggu.

Satu perkara yang tidak menyeronokkan bila ada orang yang baru datang terus dapat masuk ke bilik pemeriksaan kerana ada saudara atau kawan yang bertugas di Poliklinik. Malahan pekerja bahagian pencuci pun boleh bawa rakan mereka terus masuk ke bilik pemeriksaan tanpa mengindahkan orang ramai yang telah menunggu sekian lama. Inilah budaya yang selalu diamalkan di mana-mana jabatan Kerajaan.

Setelah pemeriksaan doktor di bilik nombor 2, anak saya diarahkan untuk mencuci telinga di bilik nombor 8, setelah itu masuk semula ke bilik nombor 2 untuk pemeriksaan semula. Doktor mengarahkan untuk mengambil ubat dan membuat temujanji di kaunter 14 Unit ENT di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Setelah mengambil ubat kami terus ke kaunter 14 Unit ENT di Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk membuat temujanji. Tarikh 6hb May 2008 jam 3.15 petang diaturkan sebagai tarikh temujanji.

0 komen: