Rasa Tak Sihat

Dari petang semalam lagi, saya dah rasa badan sejuk semacam. Dah pakai stokin dan jaket pun rasa sejuk menusuk-nusuk terutamanya di tangan dan kaki. Pagi tadi saya menghubungi pejabat, memaklumkan saya tidak dapat datang bekerja hari ini. Seawal jam 7.30 pagi saya menunggang motosikal menuju ke klinik Komuniti Bandar Maharani untuk mendapatkan rawatan.

Dapat nombor 1020, jenuh jugak menunggu. Jam 9.15 pagi barulah siap pemeriksaan dan ambil ubat. Kepala rasa berat…. mata berpinar…. Dalam kepayahan, Alhamdulillah sampai juga di rumah. Sampai saja di rumah terus berselubung.

Isteri saya masakkan sayur kailan dan telur dadar dan meminta saya menjamah makanan sebab dari pagi lagi lagi saya belum bersarapan. Lepas makan, baring-baring lagi. Jam 3.15 ptg saya kejutkan anak ke 3 saya untuk ke sekolah agama, tetapi anak ke 3 saya juga tak dapat bangun. Badannya dah mula panas. Jam 3.40 ptg saya keluar untuk menjemput anak ke 4 di sekolah agama. Isteri saya pulak berselubung. Demam juga dia.

Begitulah kehidupan, ada kalanya kita gembira, ada kalanya kita dirundung musibah. namun saya percaya ada hikmah disebalik setiap kejadian.....

0 komen: