Pasang Buaian


Pulang dari kerja, Mak Ita jiran saya datang meninjau buaian yang saya pasang untuk anak bungsu saya, katanya nak buat buaian yang sama untuk anaknya. Nak beli barang kat kedai hardware dah agak lewat, kebetulan saya ada satu set lagi besi penyangkut kipas angin dan dua nut pengikat. Saya pasangkan sekali dirumahnya kerana Pak Sarif suami Mak Ita kurang tahu hal-hal pasang memasang macam ni. Jenuh juga nak tebuk kongkrit untuk memasangnya. Maklumlah rumah kami bersiling kongkrit bukan abestos!

Lepas maghrib saya menghadap PC dan meninjau blog saya, seorang pengunjung bernama Topo meninggalkan jejak di shoutbox saya, maka saya pun klik nickname beliau untuk berkunjung ke blognya yang diberi nama topotato.com - blog yang tiada kaitan dengan kentang… Saya jelajah hingga ke Part 17, dan saya temui link blog internet tanpa batasan dan saya jelajahi hingga ke Page 17 juga. Lepas tu saya baring-baring tengok TV atau TV yang tengok saya terlelap... dan biarkan anak saya Neena main games online.

Dua orang anak lelaki saya ke cyber cafe, isteri saya bersama tiga lagi anak perempuan saya bersama adik ipar saya kerumah mak, ada perbincangan sedikit tentang masakan yang akan dihidang pada hari kenduri nanti. Biarlah tu kerja orang perempuan, saya tak kisah masak apa pun asal boleh makan....

1 komen:

Tanpa Nama berkata...

hi terima kasih kerana sudi singgah & baca di blog saya =)