Rezeki Dari Blog Jo Sangilapi

Lepas maghrib aku on laptop bertujuan untuk topup akaun hotlink aku yang hampir kehabisan kredit. Satu kemudahan bila mempunyai talian internet dan memiliki akaun Maybank2u, tak perlu ke kedai telefon untuk menambah kredit, dan aku memang selalu gunakan kemudahan ini. Jam 7:59 malam aku terima panggilan dari Jo Sangilapi. 
[Baca Lagi]




Selamat Hari Lahir Untuk Neesa

Hari ini 6hb disember 2010 adalah hari ulang tahun kelahiran Neesa anak bungsu aku yang ke 3 tahun. Isteri aku yang merancang untuk mengadakan jamuan keluarga. Aku hanya belikan kek hari jadi, ayam goreng KFC dan air A&W sepertimana yang Nessa pinta. Sekadar nak gembirakan anak-anak agar mereka tahu ayah dan ibu mereka prihatin dan menyayangi mereka.
[Baca Lagi]



Pekena Nasi Ayam Penyet Bersama Megat

Pagi ini belum sempat nak siapkan peralatan dah ada sebuah innova warna hitam masuk, diikuti dengan 3 buah toyota wish yang dihantar oleh bakal pengantin berbangsa cina. lepas cuci nak dihantar ke kedai bunga untuk hiaskan sebagai kereta pengiring pengantin katanya.

Walaupun hari ini cuaca suram dan hujan renyai-renyai, namun kereta tak putus-putus masuk. Maklum sajalah hari sabtu memang begitu selalunya. Namun kerja terbantut apabila bekalan elektrik terputus pada kira-kira jam 12:45 tengahari.
[Baca Lagi]

Jumaat Terindah & Nasi Ayam

Pagi ini selepas menghantar kuih ke gerai sekitar jam 6:30 pagi, aku dan isteri ke pasar borong, tujuannya hanya satu iaitu mendapatkan bekalan ikan dengan harga yang lebih murah daripada biasa. Sekurang-kurangnya dapat jimat sedikit perbelanjaan, maklum sajalah kos sara hidup semakin tinggi dan pendapatan pula semakin mengecil, maka berjimat dengan meminimakan perbelanjaan adalah salah satu cara yang perlu dilakukan. [Baca Lagi]

Merempit Ke Tempat Kerja

Pagi ini setelah menghantar kuih di gerai sekitar jam 6:45 pagi, aku online sekejab, mata aku terasa perit lalu aku pun baring-baring, ada perasaan malas nak pergi kerja. Pulak tu terlelap sempat mimpi pasal kerja. Sedar dah jam 8:53 pagi. mak ooi aku dah terlambat ni… apa lagi aku pun merempit ketempat kerja. Pulas habis throttle macam Hafizh Syahrin dari pasukan Petronas Sprinta Raceline..
[Baca Lagi]


Kenderaan Hitam Dan Putih

Jai masih demam agaknya, hari ini pun dia masih tidak hadir bekerja. Zairi juga tidak hadir. Mungkin kepenatan semalam masih meninggalkan kesan terhadap dirinya. Hanya Aku, Din dan Apit yang hadir bekerja hari ini. Kak Sal datang membantu sesekali beliau keluar.
[Baca Lagi]