Tanam Pisang
Pulang dari kerja, selepas makan, mandi dan solat, saya bersama isteri dan anak-anak ke kedai runcit di Taman Mawar untuk membeli barang keperluan termasuk juga bahan-bahan untuk membuat kuih seperti kentang, tepung, marjerin, minyak masak dan sebagainya.
Pulang dari kedai saya mengorek dua lubang di belakang rumah untuk menanam pokok pisang yang saya ambil dari kebun semalam. Harap-harap pokok pisang ini akan tumbuh membesar dengan subur.
Daun Pisang
Petang ini saya bersama isteri ke kebun untuk mengambil daun pisang untuk pembalut pulut panggang dan lepat pisang. Tak cukup dengan daun saya bawa balik sekali dua anak pisang untuk ditanam di belakang rumah. Oleh kerana pulang dari kebun dah agak lewat sehingga hampir waktu maghrib, maka tak dapat saya untuk menanam akan pisang yang saya ambil.
Ulang tahun ke 7
Selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke 7 untuk effa, anak saya yang ke lima. Baru 2 hari kembali ke sekolah, hari ini terpaksa cuti kerana demam dan batuk. “Ayah, hari ini harijadi adik, belikan kek ye.” itulah pesanannya untuk saya pagi tadi sebelum saya pergi kerja.
Selepas maghrib saya keluar ke bandar untuk membeli kek, air bikarbonat dan beberapa jenis makanan ringan untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran Effa. Tak jemput sesiapa pun. hanya kami sekeluarga sahaja. Sebagai kenangan di bawah ini ada beberapa gambar sambutan itu.
Kembali Ke Sekolah
Ke HPSF Muar
Pulang dari HPSF singgah di kedai runcit di Taman Mawar untuk membeli kentang, tepung, marjerin, minyak masak dan beberapa bahan lain untuk membuat kuih karipap, kuih lompang, pulut panggang dan lepat pisang untuk jualan esok.
Inilah karipap yang telah siap, tunggu esok pagi baru goreng.
Ini adalah satu lagi cara keluarga saya untuk menambah pendapatan. Bulan ini banyak kena keluar duit sebab anak-anak akan memulakan sessi persekolahan pada 5 hb. Januari. Baju, kasut, alat tulis dan buku-buku semua kena beli. Yuran pun kena bayar juga.....
Jemputan Perkahwinan
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430
"Allah menukar ganti malam dan siang, sesungguhnya pada yang demikian itu satu iktibar yang besar bagi mereka yang mempunyai pengelihatan mata hati." (Surah An-Nur Ayat 44)
Selamat pengantin baru buat Saufi dan pasangannya.
Hari ini saya menghadiri majlis perkahwinan di rumah Ustaz Hamzah di Parit Amal Laut. Anak lelaki Ustaz Hamzah yang bernama Saufi yang melangsungkan perkahwinan. Selepas itu saya juga menghadiri majlis yang sama di Parit Amat di rumah Muhammad Shah.
Selepas itu saya ke Parit Unas membeli pisang kapas untuk dibuat lepat. Dah beli pisang kenalah pula mencari daun pisang. Kalau tak, lepat tu nak dibungkus dengan apa… Maka saya pun ke kebun atuk saya di Parit Amal Laut untuk tujuan tersebut.
Selain untuk lepat pisang, daun pisang juga diperlukan untuk membungkus pulut panggang dan kuih koci. Nak tambah pendapatan kenalah kerja lebih. Buat kuih dan letak kat warung. Selain dari lepat pisang, pulut panggang dan kuih koci isteri saya juga membuat karipap kentang, kuih lompang.