Memaparkan catatan dengan label car wash. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label car wash. Papar semua catatan

Pekena Nasi Ayam Penyet Bersama Megat

Pagi ini belum sempat nak siapkan peralatan dah ada sebuah innova warna hitam masuk, diikuti dengan 3 buah toyota wish yang dihantar oleh bakal pengantin berbangsa cina. lepas cuci nak dihantar ke kedai bunga untuk hiaskan sebagai kereta pengiring pengantin katanya.

Walaupun hari ini cuaca suram dan hujan renyai-renyai, namun kereta tak putus-putus masuk. Maklum sajalah hari sabtu memang begitu selalunya. Namun kerja terbantut apabila bekalan elektrik terputus pada kira-kira jam 12:45 tengahari.
[Baca Lagi]

Jumaat Terindah & Nasi Ayam

Pagi ini selepas menghantar kuih ke gerai sekitar jam 6:30 pagi, aku dan isteri ke pasar borong, tujuannya hanya satu iaitu mendapatkan bekalan ikan dengan harga yang lebih murah daripada biasa. Sekurang-kurangnya dapat jimat sedikit perbelanjaan, maklum sajalah kos sara hidup semakin tinggi dan pendapatan pula semakin mengecil, maka berjimat dengan meminimakan perbelanjaan adalah salah satu cara yang perlu dilakukan. [Baca Lagi]

Merempit Ke Tempat Kerja

Pagi ini setelah menghantar kuih di gerai sekitar jam 6:45 pagi, aku online sekejab, mata aku terasa perit lalu aku pun baring-baring, ada perasaan malas nak pergi kerja. Pulak tu terlelap sempat mimpi pasal kerja. Sedar dah jam 8:53 pagi. mak ooi aku dah terlambat ni… apa lagi aku pun merempit ketempat kerja. Pulas habis throttle macam Hafizh Syahrin dari pasukan Petronas Sprinta Raceline..
[Baca Lagi]


Kenderaan Hitam Dan Putih

Jai masih demam agaknya, hari ini pun dia masih tidak hadir bekerja. Zairi juga tidak hadir. Mungkin kepenatan semalam masih meninggalkan kesan terhadap dirinya. Hanya Aku, Din dan Apit yang hadir bekerja hari ini. Kak Sal datang membantu sesekali beliau keluar.
[Baca Lagi]



Teknik Mengelap Kereta

Sambung entry sebelum ini berkaitan proses mencuci dan mengelap kereta. Setelah dibersihkan dari kesan syampoo, kereta akan dipindahkan ke ruang mengelap. Di ruang mengelap bukan kerja mengelap sahaja dilakukan tetapi juga merangkumi kerja vacum mengelap bahagian dalam kereta dan polish tayar. [Baca Lagi]



Hari Kedua Berkerja Di Snow Wash

Hari kedua aku datang jam 8:45 pagi, menanguk selama setengah jam sebab pintu belum dibuka, anak boss masih bersarapan di gerai berhampiran. Pengalaman hampir sama yang aku tempohi semasa hari pertama di car wash sebelum ni. Masa mohon kerja katanya mula pukul 8:00 pagi, tapi dah sampai 8:55 pagi sorang pun tak nampak batang hidung sampai rasa nak start motor dan cabut balik. Tidur lagi syok dari menunggu satu jam diatas motor!
[Baca Lagi]