Memaparkan catatan dengan label buat sendiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buat sendiri. Papar semua catatan

Ubahsuai Blog

Semalam saya edit layout blog, menukar grafik header dan menukar background dari warna hitam ke warna hijau serta meletakkan Read More untuk mempercepatkan loading Ardzham Blog ini. Selain itu menukar juga theme dan edit satu lagi blog di blogspot. Maklum sajalah tengah tak ada...
[Baca Lagi]

Ada Projek Baru

Minggu ini agak sibuk dengan projek membina 2 laman web baru iaitu laman Goji Hebat dan DPerdana. Syukurlah kerana ada insan yang memberi kepercayaan kepada saya untuk membina laman web. Ini juga sebahagian dari rezeki kurniaan Allah untuk saya sekeluarga.
[Baca Lagi]



Ikan cencaru

Pagi ini saya bangun seawal jam 4.00 pagi. Semalam tidur awal kat depan TV. Bangun tidur saya menghadap PC sehingga jam 6.00 pagi kemudian mandi dan solat subuh. Menghantar kuih ke warung jam 6.30 pagi dan mula membersihkan kawasan bermula jam 7.00 pagi. Selesai membersihkan kawasan saya kedapur untuk menyiang ikan dan seterusnya menyiapkan sarapan pagi merangkap makan tengahari. Saya cuma masak ikan cencaru goreng dan sawi masak air.
[Baca Lagi]


Mencuba dan berjaya

Malam semalam sedang online, dua kali blackout walau pun sekadar seminit dua, tapi cemas juga. Mana tau kena blackout berjam-jam. Stok lilin pun dah tak ada lagi. Tapi syukur blackout cuma seketika.

Saya buka PC Pentium 4 yang bermasalah. Bersihkan heat sink dan cpu fan. Cabut sebatang RAM 256MB dan tinggalkan sebatang jer yang baru 1GB. Mana tau RAM yang bermasalah. Kemudian saya pasang dan hidupkan.

Saya Uninstall Deep Freeze, Lime Wire dan remove user password. Buat sajalah apa yang terfikir menjadi penyebab masalah. Kemudian Install dan run Personal Window Care 3.2. Saya on beberapa jam, nampaknya elok saja tak hang lagi. Syukurlah bukan mainboard yang bermasalah.

Monitor bersemut

Pagi ini Abu Hassan datang kerumah saya membawa adsl modem. Modem tak berfungsi katanya. Dia minta pendapat saya kat mana nak beli modem dan apa jenis. Saya sarankan agar dia ke TM Point minta tukar sebab dia guna pakej siap modem. Rugilah kalau beli sendiri.

Saya pula memerlukan sebuah monitor untuk PC ke dua saya, Abu Hasan kata nak beri saya sebuah monitor yang dia dah lama tak guna. Mungkin mengalami kerosakkan sebab semasa dia on beberapa bulan lepas, tak perasan ada banyak semut bersarang dalam monitor tu. Pasang jer terus short circuit. Saya kata petang ni saya datang ambil.

Petang ini saya kerumah Abu Hassan untuk meninjau modemnya. Nasib baik TM bagi satu modem gantian jadi tak perlu keluar duit nak beli. Pulang dari rumah Abu Hassan saya bawa sekali monitor tu dam malamnya saya buka. Memang bersarang semut didalam monitor tu terutamanya di bahagian tapaknya. Jenuh juga nak menghalau semut kat dalam tu. Akhirnya saya biarkan monitor tu terbuka dan saya letak hirisan cili kering untuk menghalau semut-semut itu dan biarkan disitu hingga esok hari.