Memaparkan catatan dengan label ditimpa masalah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ditimpa masalah. Papar semua catatan

Terima Kasih Untuk Doktor Dan Petugas HPSF

Pagi ini saya terjaga seawal jam 3.00 pagi, baring-baring pun dah tak boleh lelap akhirnya saya bangun dan online. Anak-anak pun bangun awal juga, jam 5:15 pagi dah ada yang siap mandi. Mungkin mereka sedar ibu mereka tiada di rumah dan ayah memang tak suka meleceh-leceh tentang masa. Sebelum saya tidur semalam pun saya dah ingatkan, jangan buat hal pagi ini.
[Baca Lagi]



Kehabisan Bandwidth


Malam tadi bila aku buka cpanel familiazam.com, aku dapati bandwidth hanya tinggal 76.85MB sahaja. Bulan ini nampaknya unique visitors mencecah 38525 dan number of visits 66251 maka bandwidth 40GB tak dapat menampung. Sesuatu perlu dilakukan....
[Baca Lagi]



Masuk wad 9

Pagi sabtu 15 hb isteri saya mengadu sesak nafas. dah seminggu batuk-batuk sebelum tu dah demam. Saya bawa ke Poliklinik Komuniti Bandar Maharani untuk pemeriksaan doktor. Setelah permriksaan doktor, isteri saya diarah ke bilik 7 untuk x-ray dan bilik 8 untuk ambil darah. Setelah dapat keputusan darah dari makmal, berjumpa semula dengan doktor. Doktor periksa x-ray dan menulis laporan kemudian mengarahkan semula ke bilik 8 untuk naik ambulan untuk dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
[Baca Lagi]


Hard disk rosak

Pagi ini saya terima panggilan dari Boss PC World, dia kata window saya mungkin hilang fail penting dan dia kata nak format. Saya kata jangan format sebab Window XP Professional yang terpasang adalah window original dan saya cadangkan agar repair window saja. Sebelum saya hantar ke PC World pun saya dah install window kat drive D sebagaimana yang dicadangkan oleh Abang Bidan. Walau dah install window baru pun masalah sama tetap berlaku.
[Baca Lagi]



PC meragam lagi

Sejak beberapa ketika ini, PC saya meragam lagi. Bertanya pada rakan rakan, namun masih belum ada penyelesaiannya. Penunjuk mouse tiba-tiba terhenti dan PC menjadi hang. Bila tekan butang reset, monitor menjadi gelap.

Semalam scroll pada mouse tak berfungsi dan menjadi keras seperti ball bearing pecah. Tapi, benarkah begitu. Tak pernah pula saya buka mouse untuk melihat isi di dalamnya. Saya syak mouse yang rosak. Kemudian saya beli satu mouse jenama LG dengan harga RM18 di PC World.


Inilah mouse jenama LG yang baru saya beli


Selamat tinggal buat mouse EG, cuma sempat berkhidmat selama 4 bulan saja.

Ingatkan dah tukar mouse masalah selesai. Rupa-rupanya semakin teruk. Baru on PC tak sampai 5 minit dia hang. Baru loading window pun dia hang. Aku syak mother board bermasalah. Baru 2 bulan lepas abang bidan tukarkan motherboard second hand. Kena beli baru kot. Hari ini pentium 3 933 mhZ saya terpaksa berkhidmat semula. Nasib baik belum terjual. Kalau dah terjual, aduhai tak dapat nak mentenetlah jawabnya.

Neesa masuk wad 15


Hari ini pulang dari kerja, seperti biasa saya menyapu sampah di sekitar kawasan rumah. Bersembang dengan abang Faiz, jiran baru yang menyewa di unit B-4-01. Baru beberapa hari abang Faiz berpindah dari Taman Orkid.

Tatkala saya baru saja selesai mandi, isteri saya mengetuk pintu bilik dengan keras bertalu-talu. Selalunya tak macam ni. Bila saya buka pintu rupanya anak bungsu saya yang berusia setahun sebulan terkulai seperti tidak bernafas dalam dakapan isteri saya. Neesa jatuh di bilik air semasa hendak mandi bersama kakaknya.

Saya cuba beri bantuan pernafasan dan terus membawanya ke Unit kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Lemah longlai seketika, kemudian menangis dan terdiam semula semasa dalam perjalanan ke Hospital. Isteri saya kelihatan cemas dan hampir menangis sambil memanggil-manggil Neesa.

Saya memandu agak laju juga, nasib baik jalan tidak sesak. Sampai di Hospital Doktor memeriksanya dan kemudian masuk ke bilik kecemasan. Doktor mengambil dua tabung kecil darah dari tangan kanannya dan memasang jarum disebelah tangan kirinya untuk memasukkan ubat kemudian dibawa ke bilik CT Scan untuk ujian X Ray.

Keluar dari bilik CT Scan, kembali ke bilik kecemasan. Isteri saya yang menemaninya sementara saya menunggu di luar sehingga dipanggil untuk mendaftar kerana anak saya akan dimasukkan ke wad 15. Sampai di wad 15, seorang doktor menemuramah isteri saya untuk mendapatkan beberapa maklumat yang diperlukan. Selesai saja, saya pun berangkat balik. Isteri saya tinggal di wad bersama anak saya.

Dalam perjalanan pulang dari hospital saya singgah di pasaraya Growth Mart untuk membeli beberapa barang keperluan seperti tisu lembab, air mineral, roti dan sebagainya. Sampai di rumah saya arahkan anak-anak saya untuk menyediakan beberapa keperluan yang hendak dihantar ke hospital.

Setelah persiapan dilakukan saya ke hospital semula bersama anak-anak kecuali along yang dah tidur kepenatan sebab ada aktiviti di sekolah petang tadi. Hanya saya seorang dibenarkan untuk masuk ke wad, sementara anak-anak saya yang lain menunggu dil uar. Bila saya masuk saya dapati adik ipar saya Ieda dah berada di sana. Setelah menyerahkan barangan yang saya bawa kepada isteri saya, maka saya pun berangkat pulang kerumah. Sampai di rumah kira-kira jam 11.30 malam, saya arahkan semua anak-anak masuk tidur. Saya tak tidur sebaliknya on komputer dan menulis blog ini. Panjang betul catatan saya hari ini....