Tiga Hari


Sabtu, ahad dan isnin saya bercuti. dalam cuti ini saya agak sibuk dengan kerja part time dan sibuk update laman Famili Azam Dot Com. Saya ubah theme agar hampir serupa dengan theme blog ini. Bukan kerja mudah untuk menukar theme laman web html yang mengandungi hampir dari 250 halaman.

Walau pun dah buat semakkan namun bila dah upload ke hosting, ada lagi kesilapan yang saya kesan dan terpaksa baiki semula. Pagi ini selepas bersahur, saya tidak menyambung tidur, sebaliknya terus online dan mendownload movie Big Stan dari i-lebah sambil tu merayap dari satu blog ke satu blog. (Gambar di atas diambil dari i-lebah)


Jam 7.00 pagi saya mula membersihkan kawasan sekitar blok A dan Blok B. Banyak sampah dibuang merata-rata. Puntung rokok, kertas tisu, plastik makanan ringan, cebisan kertasdan sebagainya. Selepas itu saya membersihkan kaki lima blok A bermula dari tingkat 4 hingga ke tingkat bawah.

Kerja Part Time

Hari ini hari minggu, cuti tak bekerja jadi dari pagi lagi saya menghadap PC. Dah tak ada apa nak buat, saya edit laman web Famili Azam Dot Com. Jam 12.00 tengahari saya menyapu sampah di kaki lima blok A dan Blok B bersama isteri saya. Ini adalah kerja part time yang saya buat untuk mencari pendapatan sampingan. Tugas saya memastikan kawasan perumahan rumah pangsa sentiasa dalam keadaan bersih. Ini termasuklah mengutip sampah, menyapu kaki lima dan tangga, longkang serta membaca meter air setiap 5 haribulan.

Macam mudah jer, tapi kerja-kerja ini memerlukan kesabaran juga sebab bukan semua orang berdisiplin. Ada juga yang sengaja membuang sampah merata-rata. Kertas tisu dan puntung rokok selalu bersepah di sana-sini. Petang sapu, pagi esok dah ada sampah lagi….

Petang ini saya membawa keluarga saya ke Tanjung Emas, ada expo disana. Saja datang nak melihat-lihat saja, cuma membeli sepasang kasut untuk anak saya Neena. expo ini akan berlangsung sehingga 31 hb Ogos nanti.

Baiki Motorsikal


Sekitar jam 8.30 pagi saya maklumkan kepada pejabat tempat saya bekerja saya cuti kecemasan hari ini. Pagi ini cadangannya nak membaiki motosikal, akan tetapi hujan turun dengan lebat sehingga kira-kira jam 11.00 pagi. Dalam hujan masih gerimis, saya membawa motosikal ke kedai motor untuk dibaiki. Ganti Mud Guard depan, cover kiri kanan Mud Guard, penarik brek depan dan cover putih. Kos keseluruhan RM86.00

Saya maklumkan kepada En. Zainuddin melalui sms, beliau meminta saya menunggu beliau di hadapan bangunan Majlis Perbandaran Muar jam 2.45 petang untuk menyerahkan resit bayaran dan beliau akan membayar kos tersebut.

Jam 2.45 petang hujan masih rintik-rintik, saya ke bandar untuk menemui beliau di tempat yang dijanjikan dengan menaiki kereta, tiga kali juga saya berpusing-pusing untuk mencari parking lot yang kosong. Akhirnya dapat juga beberapa meter dari bangunan Majlis Perbandaran. Beliau tiba dan menyerahkan RM100.00 kepada saya, “lebihnya tu kira beri sajalah” katanya. Syukur, mudah-mudahan bertambah rezeki En. Zainuddin.

Malang Tak Berbau


Pulang dari kerja, saya menyapu sampah di halaman rumah kemudian barulah saya mandi dan solat asar. Selepas maghrib saya buka PC dan online untuk menyelesaikan satu tugasan membina laman web peribadi dan mengajar sedikit sebanyak kepada pemilik bagaimana cara untuk edit kemaskini. Anak saya ke pasar lambak yang hanya terletak sekitar satu kilometer dari rumah menaiki motosikal. Hendak membeli ayam goreng katanya.


Tak lama kemudian saya terima panggilan dari jiran saya mengatakan anak saya kemalangan dan meminta saya segera ketempat kejadian. Mujurlah anak saya hanya lebam-lebam saja. Kejadian berlaku apabila sebuah Honda Stream keluar dari simpang tiga tanpa perasan kehadiran anak saya yang berada di jalan besar. Mungkin anak saya terlalu hampir mengekori sebuah van yang akhirnya membelok kekiri di persimpangan tersebut.

Pemandu Honda Stream tersebut bernama En. Zainuddin, setelah berbincang dengan beliau, saya membawa anak saya ke klnik dan En. Zainuddin berjanji untuk menanggung kos membaiki motosikal saya dan meminta maaf berkali-kali kerana kejadian yang berlaku.

Terima Bungkusan

Hari ini pulang dari kerja, isteri saya beritahu ada kiriman bungkusan yang dihantar oleh kakitangan Poslaju. Anak-anak saya mengira ianya adalah hadiah harijadi saya. Sebenarnya ia adalah kiriman dari Boss tttcomputer.com iaitu Abang Bidan.

Isinya ialah satu SDRAM 512MB, sebuah CPU intel celeron dan CPU pentium 3, 935MHz. Ram tu memang saya pesan, dua buah CPU tu kira hadiah dari Abang Bidan. Katanya CPU tu dah nak masuk muzium jadi bagi percuma saja pada saya. terima kasih Bang Bidan.

Ram saya yang asal ialah 128MB dan 256MB. Bila saya pasang 512MB dan 256MB, Pc hanya dapat baca 512MB saja, Tukar sana, tukar sini pun sama jugak. Rasanya mother board saya cuma support sehingga 512 MB saja.

CPU saya tak pasang lagi sebab belum beli Thermal Paste, Nanti-nanti sajalah bila ada banyak waktu terluang baru saya pasang. Upgred sikit jer dari 868MHz kepada 935MHz adalah lebih 67MHz
 

19 Ogos Datang Lagi

Tanggal 19 Ogos datang lagi. Maka bertambah setahun usia saya. Tahun ini tiada sambutan yang akan saya buat sempena ulangtahun kelahiran. Hanya doa saya pada Ilahi agar kehidupan saya sekeluarga sentiasa beroleh keredhaanNya. Dimurahkan rezeki, sentiasa sihat dan dijauhkan dari sebarang malapetaka dan perkara-perkara yang tidak diigini.

Pagi-pagi lagi dah terima ucapan selamat hari jadi dari isteri dan anak-anak. Namun kena pergi kerja juga, tak boleh nak cuti. Dua sms saya terima hari ini…

SMS 1
In this wonderfull and special day let SENHENG be patr of your friends to wish you a very happy and enjoyble birthday. From: SENHENG

SMS 2
Ayu ucapkan selmat hari lahir buat pakcik, Moga pjg umur, mrh rzki & broleh kebahagiian dlm hidup. Dari: Ayusweetie

Hotlink pula beri panggilan percuma ke semua nombor maxis/hotlink untuk hari ini. Sebagai hadiah hari jadi untuk saya. Terima kasih…