Buat Sample

Hari ini saya bekerja seperti biasa, ada SAMPLE yang perlu saya siapkan segera. Chair Head model 28 dari LF Furniture. Agak lambat juga saya nak siapkan kerana design agak susah dan perlukan mould untuk membuatnya. maka saya terpaksa menyiapkan lima buah mould bersama sample tersebut. Nasib baik siap sebelum waktu pulang.

Pulang dari kerja saya menyapu sampah di halaman rumah.  Selepas maghrib kami sekeluarga ke Exonsave untuk berbelanja. Bukan berbelanja besar, tapi sekadar membeli keperluan dapur seperti ikan, sayuran, telur dan sebagainya.

Bulan Kemerdekaan

Bulan ogos adalah bulan kemerdekaan, tak payah cerita semua orang tahu…. Marilah kita kibarkan jalur gemilang dan hayati semangat kemerdekaan itu.

Cuti Kosong

Hari ini saya cuti kosong sebab menghadiri mesyuarat akta bangunan dan harta bersama kali ke dua di kawasan perumahan saya. Selain dari itu saya mengambil kesempatan cuti ini untuk menyelesaikan bayaran cukai pintu, bil indah water, bil elektrik dan ke Bank Rakyat untuk menebus rantai emas yang saya gadaikan semasa  awal tahun untuk membiayai yuran dan buku-buku anak sekolah.

Petangnya saya membantu membetulkan laman peribadi sesaorang yang saya baru kenali melalui internet. Beliau telah membina satu laman peribadi, tetapi kerana kurang pengetahuan, maka bertabur fail dia. Bila di upload ke server semua image tak keluar sebab berada dalam folder lain dan sebahagiannya invalid file name.

Image juga besar-besar malah ada yang sebesar lebih 2000 pixel. Dulu semasa saya mula-mula membina laman web pun saya buat begitu, maklumlah masih kurang pengetahuan. Sekarang bukan nak kata dah pandai tapi teknologi semakin berkembang banyak perkara juga yang saya masih tak tahu.

Bertukar Hosting

Sayang nak tinggalkan blogspot, apatah lagi saya dah setkan theme blogsopt ini dengan theme Famili Azam Dot Com. Tapi bila dah beli hosting, rugilah kalau tak guna betul-betul. Bila pindah maka hanya ada tiga pilihan iaitu b2evolution, Nucleus dan WordPress.

Maka saya memilih untuk menggunakan WordPress kerana saya tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang b2evolution dan Nucleus. Mulai hari ini blog saya bertukar url, namun saya nak kekalkan blog di blogspot ini untuk kenang-kenangan. Blog pertama saya di blogdrive juga masih saya kekalkan.

Jom ke blog baru saya di http://familiazam.com/myblog
Setting pun tak siap lagi dah promo pulak.....
Apa-apa ajalah..

Account Suspended

Baru dua minggu tak online, laman Famili Azam Dot Com pulak suspended. Oleh kerana saya bernaung di bawah Raza Computer (razc.org) maka apa saja berita terkini dari hive.com.my tidak sampai kepada saya. Segala maklumat akan sampai kepada Boss Raza Computer. Saya sms Boss Raza Computer tapi tiada respon. Mungkin dah lama sangat bernaung secara percuma, maka saya mengambil langkah drastik dengan membeli hosting sendiri dengan muarmaya.net

Dua Minggu Sepi

Dah dua minggu saya menyepi dari sebarang aktiviti internet. Bukan kerana sibuk tapi kerana PC meragam lagi. Malam ahad minggu dua lepas Nuurie datang kerumah kerana menghantar CD Norton Ghost 14, Saya ingatkan nak buat recovery sebab Norton Save & Restore 12 yang saya guna bermasalah dan tak dapat digunakan lagi.

Sewaktu Nuurie sampai, saya sedang melayari blog, tetiba PC hang, saya reset dan keluar rumah berjumpa Nuurie. Lepas tu PC saya jadi gelap tiada display di monitor. Macam-macam dah saya buat, cabut RAM, ubah RAM, Reset Bios dan macam-macam lagi tapi saya tak berjaya untuk menghidupkan semula PC saya. Kecewa betul rasanya. Maka hujung bulan pulak tu, duit kat poket semakin menipis, jadi terpaksa tangguhkan dulu untuk hantar PC servis ke kedai.

Semalam saya hantar PC saya ke PC World di Bentayan. Juruteknik kedai tu kata mungkin mainboard saya rosak, apa pun dia akan periksa dulu. Petang tadi saya dapat panggilan dari pC World mengatakan PC saya dah siap. Tak ada sebarang hardware yang rosak, cuma kena upah servis sebanyak RM15.00 sahaja. Lega rasanya....



Oleh kerana kos baikpulih PC saya cuma RM15.00, maka saya membeli satu x-slim multimedia keyboard baru model KL-7MU berharga RM45.00

Laman Famili Azam Dot Com pun bermasalah, entah apa hive.com.my buat memindahkan file saya pun tak tau. Boss Raza Computer pun tak bagitau apa-apa. Dah dua kali saya kena tukar DNS laman FADC sejak bernaung di bawah hive.com.my Sekali tu kena hack keseluruhan file index dalam server hive bertukar gambar tengkorak. Entahler jang.....