Pulang Ke Muar

Pagi ini selepas sarapan dengan bihun goreng dan kopi O, saya kerumah sepupu saya untuk meminjam tukul besi dan meminta beberapa batang paku. Pintu bilik air di kampung tertanggal pulak, sebab tu saya dapatkan paku dan tukul besi untuk membaikinya.

Jam 11.00 pagi saya sambung tidur sehingga jam 12.30 tengahari. Letih rasa badan kerana semalam tidur lewat. Selepas zuhur saya bertolak balik ke Muar. Sebelum sampai ke rumah, saya singgah di rumah Abu Hassan untuk menghantar CPU, install driver printer danberi sedikit penerangan tentang penjagaan PC.

Saya sampai di rumah kira-kira jam 5.00 petang. Rehat sambil baring-baring dan terus terlelap... Lepas maghrib, saya buka PC dan install Microsoft Office 2003, Macromedia Firework 4 dan Deep Freeze yang saya minta dari adik saya semalam. Entah kenapa scanner dan webcam saya tak detect. Malas saya nak fikir, biarkan jelah....

Balik Kampung


Balik dari kerja, saya bersiap untuk pulang ke kampung. Isteri saya tidak ikut sekali kerana masih kepenatan akibat majlis semalam dan mengemas rumah mak hari ini. Dua orang anak perempuan saja yang ikut balik.

Saya bawa sekali CPU Abu Hassan untuk diformat dan install programme, dah lebih setahun PC dia tak format. Katanya lembab dan selalu hang. Kerja memformat saya serahkan kepada adik saya yang bekerja di Raza Computer. Dari rumah saya terus ke Raza Computer kemudian barulah saya pulang ke kampung.

Adik saya Nannie telah ada di kampung sejak hari rabu. Abang Long saya pun balik kampung malam ini tetapi tidak bermalam di kampung. Setelah Abang Long pulang, saya ke Raza Computer semula dan pulang jam 2.45 pagi bersama CPU yang siap diformat.

Majlis Tahlil & Doa Selamat


Malam ini akan diadakan majlis Majlis Tahlil & Doa Selamat di rumah mak mentua saya, Anak-anak dan isteri saya telah berada di rumah mak dari pagi lagi. Saya bekerja hari ini dan tidak mengambil cuti.

Pulang dari kerja, saya berehat di rumah sendirian. Selepas maghrib barulah saya ke rumah mak. Majlis diadakan selepas solat isyak. Selepas tahlil ada majlis berzanzi dan "potong jambul" untuk anak saya Neesa, anak abang ipar saya Hanif dan anak kepada bapa saudara saya Anis Suraya.

Untuk melihat gambar-gambar semasa majlis tersebut sila ke Famili Azam Fotopages

Vortex Window Vista


Why Vortex Windows Vista ?
-Vortex Vista Second Generation is a Microsoft Windows XP Services Pack 2 with the latest official updtes from Microsoft until February 2008
-The new version has proved its strength and stability After many tests on disparate PCs and Laptops

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini pulang dari kerja, selepas mandi, solat dan makan saya ke bandar membeli petrol. Esok dah naik harga RM2.70 seliter. Pulang dari bandar saya buka hard disk saya dan pasang pada CPU seorang kawan sebagai Slave. Tujuannya nak selamatkan file saya dalam Drive C. Alhamdulillah berjaya juga saya selamatkan fail-fail penting saya tu dan copy ke Drive E.

Selepas itu saya format PC saya. Siap Install Vortex Window Vista, Online sekejab. Program lain tak install lagi, cuma sempat install Kaspersky 7.0 sahaja. Isteri dan anak-anak saya kerumah mak sejak sebelum maghrib tadi. Aman sikit buat kerja seorang di rumah. Kalau anak-anak ada, macam-macam gangguan mendatang.

PC Meragam Lagi

Pulang dari kerja saya on PC tapi window corroupt pulak, ada komponen dalam sistem32 terdelete, entah siapa punya kerja ni, sorang anak pun tak mengaku. Dah try repair window tapi tak boleh. Nak format sayang pulak hasil kerja selama seminggu masih ada dalam drive C.

Pergi kejab kat Cyber Cafe hantar dua orang anak lelaki saya yang sibuk nak main Gunz Online Games. Ambil sedikit masa untuk add entry. Lepas ni saya balik dan tinggalkan mereka di sini barang 2 jam....

Kemaskini Laman RAZC


Pagi ini dari jam 8.00 pagi sehingga kira-kira jam 12.30 tengahari saya menyiapkan laman web Raza Computer. Dah lama laman ni tak dikemaskini. Saya bina laman ini tanpa sebarang bayaran, hanya sebagai tanda terima kasih kerana Raza Computer telah menaja hosting laman keluarga saya iaitu laman Famili Azam Dot Com. Setelah siap saya hantar laman ini menggunakan email kepada Boss RAZC, biarlah beliau sendiri memuatnaik laman ini kerana saya tidak mempunyai katalaluan untuk ftp.razc.org

Malam selepas maghrib, saya bersama isteri dan empat orang puteri serta mak ke rumah bapa saudara saya Cik Adul dan Cik Zaini di Parit Pecah untuk menjemput mereka sekaluarga ke majlis Tahlil dan Doa Selamat yang akan diadakan dirumah mak pada hari khamis nanti. Selepas itu ke Sungai Abong pula kerumah Cik Zahar dan kerumah Cik Salleh di Parit Amal untuk tujuan yang sama.

Selepas menghantar mak, saya sekeluarga pulang kerumah, sampai di rumah pada jam 11.20 malam. Selepas solat isyak saya on PC dan kemaskini blog ini.